saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/09/2008

Kembalikan kepada ahli akar umbi - Rais

PUTRAJAYA 12 Sept. - Tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang dipersetujui pada 2010 oleh Kabinet dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO harus 'dikembalikan' kepada ahli akar umbi untuk memutuskannya.

Ahli MT UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, peringkat kepimpinan sememangnya boleh bersuara dan mengambil langkah tertentu tetapi akhirnya sentimen akar umbi yang perlu dihormati.

''Kalau tidak ada akar umbi, parti akan lemah, kalah pilihan raya dan tidak dapat menjamin penerusan dasar-dasar kerajaan.

''Tidak kiralah batang tubuh siapa kerana ia (tarikh peralihan kuasa) memang tidak sewajarnya diputuskan bulat-bulat oleh peringkat pemimpin sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bahawa sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat bahagian UMNO.

Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh itu terlalu lama.

Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO mendakwa pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah 'tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Berikutan itu semalam Abdullah melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kerana tarikh 2010 itu bukan sahaja dipersetujui oleh Kabinet tetapi juga MT UMNO.

Mengulas lanjut, Rais berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Muhyiddin itu kerana perkara itu pernah dibangkitkan dalam permukiman UMNO Jun lalu.

''Semasa permukiman tempoh hari, saya mewakili kumpulan yang dipengerusikan Muhyiddin yang menyuarakan supaya peralihan kuasa dilakukan pada Disember ini.

''Tapi akhirnya pandangan itu dirombak dan disisipkan dengan perundingan antara dua pemimpin (Abdullah dan Najib)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.