saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/09/2008

Tokoh Warisan Hidup meninggal dunia


HAFSAH Sulaiman (kanan) bersama anaknya, Zaurin menatap gambar Allahyarham Abu Bakar Jaafar di rumah mereka di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 13 Sept. - Abu Bakar Jaafar (gambar), 83, antara lima individu yang dianugerahkan sebagai Tokoh Warisan Orang Hidup meninggal dunia akibat kanser usus di Hospital Besar Pulau Pinang, semalam.Beliau yang meninggal dunia pada pukul 6.45 petang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Tun Perak, di sini hari ini selepas solat Zohor.

Menurut balunya, Hafsah Sulaiman, 68, arwah yang mempunyai sembilan anak telah beberapa kali mendapat rawatan di hospital akibat penyakit berkenaan.

''Saya reda dengan ketentuan Tuhan dan sempat bersama beliau di saat-saat akhirnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 25 Julai lalu, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyenaraikan lima tokoh budayawan sebagai Warisan Orang Hidup sebagai menghargai jasa mereka terhadap perkembangan kesenian tradisi negara ini.

Lima individu berkenaan ialah penggiat seni penglipurlara dari Johor, Ali Badron Sabor, 7; Abu Bakar Jaafar, 83, dari Pulau Pinang (boria); Losimin Majanil, 83, dari Sabah (bobohizan).

Dua lagi individu ialah Tan Hooi Song, 62, yang aktif dalam seni gendang Cina dan Vatsala Sivadas, 66, penggiat seni tari masyarakat India, Bharatha Natyam.

Sambil menyifatkan Allahyarham suaminya sebagai seorang yang penyayang, Hafsah berkata, Abu Bakar adalah seorang penggiat seni yang baik hati dan sentiasa komited dalam apa juga yang dilakukannya.

Mengulas mengenai perjuangan suaminya dalam seni boria, Hafsah mengakui suaminya itu adalah seorang yang sangat cintakan seni budaya tanah air itu.

''Sejak berkahwin dengannya pada 1989, saya mendapati arwah sangat mencintai seni boria dan sanggup pergi ke mana sahaja semata-mata untuk menghidupkan dan memperkenalkan boria Pulau Pinang.

''Malah beliau juga merupakan salah seorang pengasas kepada persatuan Boria Sungai Pinang yang masih kekal hingga hari ini," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.