saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 16/09/2008

Pencalonan Somchai Wongsawat sebagai PM baru Thailand ditolak


Penunjuk perasaan antikerajaan membina tempat berteduh di kawasan pekarangan Rumah Kerajaan di Bangkok semalam, memberi petunjuk mereka akan terus berkampung di Rumah Kerajaan itu sehinggalah parti pemerintah meletakkan jawatan.
-AFP


BANGKOK 15 Sept. - Parti pemerintah Thailand hari ini gagal mencapai kata sepakat berhubung pencalonan pemangku Perdana Menteri, Somchai Wongsawat untuk memegang jawatan itu secara tetap.

Ahli Parlimen daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) telah diminta menyokong Somchai pada mesyuarat mereka petang ini setelah beliau dicalonkan oleh jawatankuasa eksekutif PPP.

Bagaimanapun satu puak dalam PPP terdiri daripada puluhan ahli Parlimen bertindak meninggalkan mesyuarat kerana membantah pencalonan adik ipar kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra itu.

"Calon yang disokong oleh jawatankuasa eksekutif PPP boleh menimbulkan konflik dan konfrontasi sehingga menjejaskan demokrasi," kata ahli Parlimen, Boonjong Wongtrairat selepas beliau keluar dari bilik mesyuarat.

Beliau menggambarkan Somchai, 61, sebagai seorang yang baik dan berpengalaman tetapi menegaskan, dalam keadaan sekarang, sebarang pencalonan daripada PPP hendaklah mengambil kira pandangan rakyat.

Pemilihan Somchai, yang berkahwin dengan adik perempuan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, dijangka meningkatkan kemarahan penunjuk perasaan antikerajaan pimpinan Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD).

PPP terpaksa mencari calon bagi menggantikan Samak Sundaravej selepas percubaan beliau untuk kembali berkuasa minggu lepas gagal dengan sebab pemberontakan dalam parti.

"Jawatankuasa eksekutif secara sebulat suara bersetuju untuk memilih Somchai sebagai calon Perdana Menteri.

"Beliau (Somchai) calon yang sesuai dalam situasi sekarang," kata Kudeb kepada wartawan sebelum mesyuarat.

Bagaimanapun berikutan penolakan itu, pemimpin PPP mungkin terpaksa menimbangkan dua calon lain iaitu Timbalan Pengerusi PPP, Sompong Amornviwat dan Setiausaha Agung parti, Surapong Suebwonglee.

Calon PPP yang disahkan akan dikemukakan kepada lima rakan kongsinya dalam kerajaan campuran sebelum dibawa ke Parlimen untuk pengundian pada Rabu ini.

"Somchai akan menjadi sasaran mudah jika beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri seperti yang dijangka pada Rabu ini, kerana PAD akan menyerang kelemahannya sebagai adik ipar Thaksin," kata penganalisis politik, Thitinan Pongsudhirak.

Bagaimanapun mana-mana calon pun akan menghadapi kesulitan untuk menamatkan krisis politik Thai, kerana ribuan penunjuk perasaan yang menduduki pekarangan Rumah Kerajaan sejak bulan lepas sudah berikrar tidak akan berganjak selagi PPP masih berkuasa.

"Kami berkeras untuk tidak menerima mana-mana calon PPP sebagai Perdana Menteri," kata penunjuk perasaan.

- AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.