saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 17/09/2008

Somchai hampir pasti PM Thailand

BANGKOK 16 Sept. - Adik ipar Thaksin Shinawatra, Somchai Wongsawat hari ini melangkah lebih hampir untuk menjadi Perdana Menteri Thailand selepas puak yang menentangnya sebelum ini dalam parti pemerintah menyuarakan sokongan mereka.

Pencalonan Somchai untuk jawatan tersebut sebelum ini mendapat bantahan daripada satu puak dalam Parti Kuasa Rakyat (PPP) kerana mereka khuatir pemilihan beliau akan meningkatkan kemarahan penunjuk perasaan yang menduduki pekarangan pejabat Perdana Menteri sejak tiga minggu lalu.

Jurucakap PPP, Kudeb Saikrajang berkata, perselisihan itu telah diselesaikan.

"Sudah dipastikan Somchai Wongsawat akan menjadi Perdana Menteri Thailand ke-26," katanya kepada pemberita.

Somchai, bagaimanapun masih memerlukan sokongan daripada lima parti rakan PPP dalam kerajaan campuran sebelum pencalonan beliau boleh disahkan pada pengundian di Parlimen esok.

Jurucakap puak PPP yang pada mulanya menentang pencalonan Somchai itu berkata, pucuk pimpinan parti telah meyakinkan mereka bahawa beliau akan cuba menamatkan pergolakan politik Thai.

"Somchai perlu mengumumkan di Parlimen bagaimana beliau akan mengurangkan konflik dan ketegangan di Thailand, bagaimana beliau akan mencapai perpaduan negara dan bagaimana beliau akan mempertahankan demokrasi berperlembagaan dengan Raja sebagai ketua negara," menurut jurucakap, Boonchong Wongtrairat.

Jika dipilih esok, Somchai akan berdepan dengan krisis politik yang menyaksikan ribuan penunjuk perasaan terus berkampung di pusat pentadbiran kerajaan.

- AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.