saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 17/09/2008

Somchai Perdana Menteri ke-26 Thailand

17/09/2008 2:25pm

BANGKOK 17 Sept. - Somchai Wongsawat, bekas hakim dan adik ipar perdana menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra, hari ini dipilih sebagai Perdana Menteri ke-26 Thailand, yang keempat dalam tempoh tiga tahun.

Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan itu memperoleh 298 undi untuk mengenepikan pemimpin Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva yang mendapat 163 undi semasa pengundian di Parlimen manakala lima yang lain menarik diri. Dewan Perwakilan mempunyai 480 kerusi.

Speaker Dewan Chai Chidchob kemudian mengisytiharkan Somchai, yang dicalonkan oleh Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan disokong oleh lima lagi parti dalam gabungan parti pemerintah itu, sebagai perdana menteri yang baru.

Somchai, 61, menggantikan Samak Sundaravej, yang hanya memegang jawatan itu selama tujuh bulan sahaja selepas kelayakannya dilucutkan oleh Mahkamah Perlembagaan kerana melanggar Perlembgaan dengan menjadi hos program masakan

“Tasting and Grumbling” dan “All Set at 6a.m” semasa menjadi perdana menteri.

Samak cuba untuk membuat kemunculan semula tetapi ditolak oleh wakil rakyat partinya sendiri, memaksa sesi persidangan Parlimen pada Jumaat ditangguhkan berikutan tidak cukup korum. Samak tidak hadir semasa pengundian pada Rabu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.