saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 17/09/2008

Muar bukan lagi lubuk ikan


SAMPAH-sarap yang mencemarkan Sungai Muar mungkin menjadi punca ikan semakin berkurangan.
- Gambar SUFFIAN ABU BAKAR


MUAR 16 Sept. - Mungkin ramai tidak menyedari bahawa daerah Muar merupakan antara lokasi kegemaran kaki pancing di negeri ini khususnya di kawasan muara sungai sepanjang Dataran Tanjung Emas sehingga ke Tanjung Ketapang.

Maka tidak hairan jika ramai kaki pancing bukan sahaja mereka yang tinggal di daerah ini, malah mereka yang minat memancing dari negeri lain termasuk Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor sanggup berkunjung ke Bandar Maharani ini semata-mata untuk memancing sejak beberapa tahun lalu.

Antara jenis ikan yang sering menjadi hasil tangkapan kaki pancing di Muar ialah ikan duri, senangin, kurau, siakap, malong dan pari.

Malah, pada musim-musim tertentu, udang galah juga boleh didapati di perairan Sungai Muar ini terutama ketika musim tengkujuh atau selepas aliran air dari Sungai Segamat turut ke muara Sungai Muar.

Selain kaki pancing yang menghabiskan masa lapang mereka di Tanjung Emas, Jambatan Sultan Ismail turut menjadi lokasi pancing, khususnya pada waktu malam.

Mereka yang melalui jambatan itu akan ternampak kaki pancing bagai menempah tempat di sepanjang jambatan sehingga awal pagi, semata-mata untuk memenuhi hobi mereka itu yang tidak berkesudahan.

Ada yang lebih suka memancing sendirian dan ada pula yang mengajak kawan bersama agar waktu menunggu pancing mengena, tidak membosankan kerana mereka boleh berbual.

Namun, sejak kebelakangan ini, para pemancing ikan di Muar semakin bimbang apabila hasil ikan yang dipancing amat berkurangan.

Antara punca yang menyebabkan berlakunya fenomena sedemikian ialah kegiatan menjaring ikan oleh nelayan-nelayan kecil di perairan muara sungai itu yang mengakibat pembiakan ikan-ikan terjejas.

Sepatutnya, kata mereka, kegiatan menjala ikan di kawasan itu tidak dibenarkan kerana muara Sungai Muar merupakan laluan keluar masuk kapall kecil dan sederhana di kawasan itu.

Selain itu, sampah sarap yang dibuang ke sungai menyebabkan pencemaran teruk, malah laluan ke muara sungai itu juga semakin mengecil akibat pembangunan sekali gus mengurangkan jumlah ikan yang sebelum ini banyak terdapat di kawasan itu.

Pengerusi Persatuan Memancing Joran Emas yang ditubuhkan di Muar sejak dua tahun lalu, Raja Ismail Raja Tabar, 62, berkata, lokasi memancing disini sering menjadi tumpuan penggemar aktiviti itu bukan sahaja dari Muar, malah negeri lain.

"Ada pemancing yang sanggup datang dari Perak, Kuala Lumpur dan Pahang semata-mata untuk memancing di sini dan mereka mengetahui keistimewaan tersebut apabila secara kebetulan singgah di sini atau pernah menyertai pertandingan memancing yang dianjurkan.

"Hobi masa lapang ini bukan sahaja untuk suka-suka, tetapi jika banyak tangkapan ikan diperoleh, ada di kalangan pemancing yang menjual ikan-ikan yang ditangkap," katanya yang merupakan pesara Jabatan Mineral dan Geo Sains Johor.

Menurut Raja Ismail, masalah kekurangan hasil ikan itu perlu diberi perhatian segera agar Muar tidak hilang keistimewaannya di kalangan penggemar pancing.

Katanya, jika ikan semakin berkurangan, sudah tentu ia tidak mampu menarik minat ramai penggemar hobi itu dan sukar bagi mana-mana pihak untuk menganjurkan pertandingan memancing jika hasilnya tidak seberapa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.