saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 18/09/2008

Somchai sah PM Thai


PENYOKONG kerajaan yang diterajui PPP berkumpul menyatakan sokongan mereka di luar bangunan Parlimen di Bangkok semalam sewaktu sidang Parlimen mengesahkan Somchai Wongsawat sebagai Perdana Menteri baru Thailand.
- AFP


BANGKOK 17 Sept. - Parlimen Thailand hari ini memilih adik ipar Thaksin Shinawatra, Somchai Wongsawat sebagai Perdana Menteri.

Pemilihan Somchai, 61, itu sekali gus menyaksikan ketegangan dengan penunjuk perasaan yang menuduh kerajaan baru sebagai boneka bekas Perdana Menteri itu akan berlarutan.

Beliau bagaimanapun menyeru seluruh rakyat supaya berdamai bagi menamatkan krisis politik yang telah membelenggu negara ini sejak Thaksin disingkirkan dalam rampasan kuasa 2006.

"Sudah tiba masanya semua rakyat Thai berdamai. Kita tidak membenci satu sama lain, kerana itu kita tidak harus membiarkan kebencian menghalang kita daripada menangani masalah meruncing yang dihadapi oleh negara ini," kata Somchai selepas pemilihannya.

Birokrat yang berkahwin dengan adik Thaksin itu memenangi majoriti besar pada pengundian di Parlimen dengan sokongan anggota kerajaan campuran enam parti pimpinan Parti Kuasa Rakyat (PPP).

Beliau bertindak sebagai pemangku Perdana Menteri sejak Samak Sundaravej dipecat oleh Mahkamah Perlembagaan Thai minggu lepas kerana mengendalikan rancangan memasak di televisyen walaupun sudah bergelar Perdana Menteri.

Penunjuk perasaan Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD) telah pun menolak pemilihan Somchai dan berikrar akan meneruskan protes mereka di pekarangan pejabat Perdana Menteri sejak tiga minggu lalu.

Sejak PAD menduduki Rumah Kerajaan, Kabinet memilih untuk menjalankan tugas di lapangan terbang lama Don Muang di ibu negara.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.