saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 18/09/2008

Ketua Pemuda, Naib Presiden SAPP umum keluar dari parti

18/09/2008 6:27pm

SANDAKAN 18 Sept. — Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP), Au Kam Wah dan Naib Presiden Kanan Jimmy Wong hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu, sehari selepas Majlis Tertinggi SAPP membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Au, 45, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Elopura, berkata, beliau kini adalah wakil rakyat bebas dan tidak mempunyai rancangan untuk menyertai mana-mana parti dalam masa terdekat ini.

Ketika mengumumkan keputusannya itu di pejabatnya di sini, beliau berkata surat mengenai keputusannya keluar daripada SAPP telah dihantar ke Ibu Pejabat parti itu di Kota Kinabalu hari ini.

“Saya membuat keputusan ini kerana saya perlu masa bersama rakyat bagi mendengar lebih banyak pandangan, komen dan perasaan daripada mereka ,” kata Au, antara pengasas penubuhan SAPP pada 1994.

Wong pula berkata, tindakannya meninggalkan parti itu juga disebabkan keputusan SAPP meninggalkan BN.

Katanya jika beliau terus bersama SAPP, itu akan bercanggah dengan segala pendiriannya.

Wong, yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, berkata, hasrat SAPP untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mendapat sokongan anggota parti itu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.