saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 19/09/2008

Somchai angkat sumpah PM Thai, Menteri Kewangan pula letak jawatan

BANGKOK 18 Sept. - Somchai Wongsawat secara rasmi menjadi Perdana Menteri Thai apabila pemilihannya disahkan oleh Raja Bhumibol Adulyadej, hari ini.

Beliau yang memakai pakaian serba putih, menerima watikah pelantikan itu di kediamannya pada majlis ringkas yang disiarkan menerusi televisyen ke seluruh negara.

Parlimen Thai semalam bersetuju memilih Somchai sebagai Perdana Menteri menggantikan Samak Sundaravej yang terpaksa meletak jawatan kerana terlibat dengan konflik berkepentingan, minggu lalu.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Surapong Suebwonglee (gambar) hari ini menarik diri daripada kerajaan campuran baru untuk memberi tumpuan kepada kes rasuahnya di mahkamah.

Akhbar Bangkok Post memetik Surapong yang juga Setiausaha Agung Parti Kuasa Rakyat (PPP) sebagai berkata, beliau akan menunggu keputusan mahkamah sebelum memutuskan sama ada hendak terus terlibat dengan politik.

Surapong, seorang doktor perubatan yang memiliki rangkaian klinik penurunan berat badan sebelum menceburi politik, tidak dapat dihubungi hari ini.

Mahkamah Agung pada Julai lalu bersetuju untuk mendengar dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dan para menterinya termasuk Surapong melanggar undang- undang loteri pada 2003.

Penganalisis menjangka mahkamah mengambil masa berbulan-bulan untuk memutuskan kes itu.

Bekas Menteri Kewangan, Thanong Bidaya atau tokoh perbankan, Olarn Chaipravet muncul sebagai dua calon pilihan untuk menggantikan tempat Surapong, lapor akhbar Nation.

Thanong, tokoh perbankan yang pernah dua kali menjadi Menteri Kewangan, bertanggungjawab terhadap penurunan nilai baht yang membawa kepada krisis kewangan Asia 1997.

Sementara Olarn pula ialah penasihat kanan Surapong.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.