saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/09/2008

Penulis blog Kickdefella direman dua hari

KOTA BHARU 18 Sept. – Mahkamah Majistret di sini memerintahkan penulis blog Kickdefella, Said Azidi Said Abdul Aziz ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.

Majistret Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan polis menyiasat lelaki berusia 38 tahun itu mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Amir Hamzah Ibrahim berkata, siasatan tersebut dikendalikan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau berkata, Said Azidi telah dibawa ke ibu negara sejurus selepas perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan.

“Siasatan ini dibuat bersabit dengan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur kerana menghina bendera Malaysia baru-baru ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Said Azidi telah dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 1 petang dengan diiringi sepasukan anggota polis sebelum dibawa beredar dari mahkamah 45 minit kemudian.

Turut hadir ialah isterinya, Bariah Ishak; Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, rakan-rakan dan ahli keluarganya.

Penulis blog tersebut ditahan pada pukul 5.05 petang semalam oleh tiga anggota polis yang memakai pakaian reman.

Lelaki itu didakwa pernah mencadangkan supaya Jalur Gemilang dikibarkan terbalik semasa negara menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan lalu.

Sementara itu, Bariah ketika ditemui di pekarangan mahkamah berharap suaminya dibebaskan secepat mungkin kerana dia mempunyai masalah kesihatan.

“Saya amat berharap tempoh tahanan remannya tidak dilanjutkan lagi kerana dia mengalami masalah kekurangan gula dalam darah.

“Kita akan melantik peguam bagi membantu untuk mengeluarkan suami saya daripada tahanan,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.