saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 20/09/2008

PM Thailand, pemimpin tunjuk perasaan berdialog dengan penunjuk perasaan

BANGKOK 19 Sept. - Perdana Menteri Thailand yang baru dilantik, Somchai Wongsawat berkata, beliau telah mengadakan dialog dengan pemimpin penunjuk perasaan yang masih menduduki perkarangan pejabatnya sejak tiga minggu lalu, bagi menamatkan kempen mereka yang telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pelabur.

Somchai, adik ipar bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut perbincangannya dengan pemimpin gerakan antikerajaan, Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD).

Namun, beliau optimis usaha itu akan membuahkan hasil yang positif.

"Kita semua bangsa Thai dan tidak sepatut membenci antara satu sama lain. Perbezaan idea antara kita boleh diselesaikan melalui dialog," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kempen tunjuk perasaan selama empat bulan menentang kerajaan telah menjejaskan keyakinan para pelabur, selain menjejaskan sektor pelancongan negara ini.

Kelmarin, Parlimen telah memilih Somchai, 61, bekas seorang hakim dan birokrat kerajaan sebagai Perdana Menteri menggantikan Samak Sundaravej yang meletak jawatan selepas didapati bersalah kerana masalah kepentingan.

Somchai berkata, beliau akan memberi keutamaan ke arah mewujudkan perdamaian di peringkat nasional.

Bagaimanapun, hubungan baiknya dengan Thaksin dijangka menyebabkan ketegangan dengan PAD berterusan.

Sementara itu, seorang pemimpin PAD, Pipob Dhongchai berkata, satu daripada permintaan gerakan itu ialah supaya Somchai menyatakan bagaimana kerajaannya hendak membawa Thaksin pulang bagi menghadapi pendakwaan di mahkamah.

"Encik Somchai perlu menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak akan menggugurkan pendakwaan ke atas Thaksin," katanya.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.