saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 20/09/2008

Zulkifli berhak bela Islam

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak wajar mempertikaikan tindakan yang diambil oleh Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Nordin untuk terbabit dalam perhimpunan membantah Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam baru-baru ini.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, sebagai seorang Islam, Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendiriannya terhadap agama yang dianutinya.

''PKR pula sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kebebasan bersuara selama ini, sewajarnya tidak menghalang tindakan Zulkifli,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Jawatankuasa Disiplin PKR yang memanggil Zulkifli kelmarin ekoran pembabitan beliau dalam perhimpunan membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam.

Zulkifli berkata, ahli panel jawatankuasa itu menyifatkan tindakan beliau terlalu agresif dan bercanggah dengan pendirian parti sewaktu menyertai perhimpunan tersebut.

Menurut Zainul, tindakan disiplin juga tidak seharusnya dikenakan ke atasnya kerana pada ketika itu Zulkifli tidak berdiri di atas platform ahli PKR tetapi sebaliknya mewakili Peguam Pembela Islam (PPI).

''Selain tugasnya sebagai wakil rakyat dan seorang peguam, tugas yang paling utama perlu didahulukan oleh Zulkifli ialah terhadap Islam. Ini tanggungjawab yang hakiki,'' ujarnya.

Bagaimanapun, beliau turut menasihatkan Zulkifli agar sentiasa memelihara akhlaknya sebagai seorang Islam terutamanya ketika terbabit dalam perhimpunan tersebut.

''Saya tidak tahu bagaimana Zulkifli bertindak pada hari tersebut dan saya berharap sebagai seorang Islam beliau sentiasa menjaga akhlaknya,'' tegas beliau.

Mengulas mengenai hasrat Zulkifli yang akan mempertimbangkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen, beliau menjelaskan, ia terpulang kepada beliau bagi memberi kata putus sama ada untuk kekal bersama PKR atau pun sebaliknya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.