saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/09/2008

Syed Hamid nafi dakwaan Teresa

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kesal dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa dijamu ‘seperti makanan anjing’ semasa ditahan selama tujuh hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sambil menafikan dakwaan tersebut, beliau menegaskan makanan yang diberikan kepada wakil rakyat itu sepanjang penahanannya adalah mengikut piawaian ditetapkan oleh badan antarabangsa.

Beliau tidak menolak kemungkinan isu makanan tersebut sengaja dibesar-besarkan oleh Teresa kerana motif politik.

“Kita mempunyai garis panduan dan piawaian tertentu dalam memberikan makanan kepada tahanan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun Syed Hamid berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan yang dikemukakan oleh Teresa dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.

Semalam, semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Petaling Jaya, Teresa mendakwa diberi makan ‘seperti makanan anjing’ iaitu dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.