saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/09/2008

Penulis blog Kickdefella dibebaskan




KUALA LUMPUR 20 Sept. – Penulis blog Kickdefella, Said Azidi Said Aziz (gambar) yang pernah mencadangkan supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Said Azidi, 38, yang juga Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 1 tengah hari.

Ketika ditemui pemberita di rumah kakaknya di Bukit Persekutuan, beliau memberitahu bahawa beliau berpuas hati dengan layanan baik yang diterima sepanjang empat hari tiga malam ditahan reman di Bukit Aman.

‘‘Saya telah dilayan dengan baik oleh anggota polis yang bertugas dan tidak dilayan sebagai seorang penjenayah.

‘‘Saya juga banyak menghabiskan masa dengan bertarawih dan berzikir, malahan saya dapat rasakan ketenangan sepanjang berada dalam lokap,’’ katanya.

Pada 17 September lalu, pihak polis telah menahan Said Azidi di rumahnya di Demit, Kota Bharu, Kelantan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kelmarin, selepas mendapat perintah tahanan reman.

Turut hadir pada sidang akhbar tersebut, peguamnya, Amrit Pal Singh dan Ahli Parlimen Pas Kubang Kerian, Salahudin Ayub.

Selain itu, Said Azidi mendakwa sepanjang penahanan, beliau tidak ditanya sebarang soalan mengenai pembabitannya yang mencadangkan supaya Jalur Gemilang dikibarkan terbalik Ogos lalu kecuali beberapa soalan berkaitan latar belakangnya sahaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.