saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 21/09/2008

Krisis ekonomi AS sukar diatasi - Pakar

BANGKOK 20 Sept. - Gabenor bank pusat Thailand berkata, kegawatan kewangan di Amerika Syarikat (AS) sekarang adalah sama seperti krisis yang melanda Asia 11 tahun lalu, tetapi mungkin lebih sukar diatasi.

Gabenor Bank Thailand, Tarisa Watanagase memberitahu rakan-rakan sejawatannya dari Asia pada simposium di sini semalam bahawa bank-bank pusat perlu mengambil pendekatan fleksibel dalam menghadapi krisis di AS, apabila kesannya tersebar ke serata dunia.

"Sepintas lalu, punca kedua-dua krisis adalah sama.

"Pelabur mengambil risiko terlalu tinggi, menyebabkan harga aset melambung ke paras yang melampau, berlatar belakangkan dasar kewangan dan berhemat yang longgar," kata beliau ketika membangkitkan semula krisis kewangan Asia 1997-98.

Krisis sekarang, bagaimanapun adalah jauh lebih rumit kerana ia berlaku dalam ekonomi terbesar di dunia dengan pasaran modal paling kaya dan paling canggih, kata Tarisa.

AS mengalami kegawatan ekonomi berikutan krisis subprima yang melanda industri hartanah negara itu dan kini menyebabkan pasaran saham bursa dunia Wall Street menjunam.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.