saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 22/09/2008

Jangan abai keresahan ahli

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Ketua- ketua UMNO bahagian meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya tidak mengabaikan keresahan di peringkat akar umbi berhubung isu peralihan kuasa pucuk pimpinan UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya keresahan dan pandangan ahli diketepikan, gelombang di peringkat akar umbi dikhuatiri akan membahayakan parti.

Katanya, akar umbi tidak lagi boleh berdiam untuk menyatakan pendirian bahawa merekalah yang sepatutnya berhak memutuskan soal pimpinan dalam parti.

Beliau percaya pada mesyuarat bahagian kali ini, akar umbi akan bertindak berani menyatakan pendirian mereka mengenai calon yang mereka fikir wajar dijadikan pemimpin.

"Jika ini berlaku, kita tidak dapat menahan arus ini. Apa pun janji yang kita buat, ia tidak akan dapat mengubah pendirian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Puad berharap MT UMNO akan mengambil kira pandangan ahli-ahli supaya tidak berlaku pertembungan yang hebat dalam parti.

Beliau berkata, barisan kepimpinan UMNO perlu lebih terbuka, bersikap jujur serta realistik tentang pandangan dan keresahan ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Katanya, mereka tidak harus mengeluarkan kenyataan untuk menyedapkan hati, seolah-olah semuanya baik sedangkan di peringkat bawah ahli-ahli UMNO resah dan bimbang.

"Bahaya jika parti bersikap tidak realistik kerana kesannya seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12 boleh berulang," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir pula yakin Presiden UMNO dan timbalannya tidak akan lupa atau menafikan maklum balas di peringkat akar umbi mengenai soal peralihan kuasa itu.

Katanya, apa yang penting sekarang adalah kejujuran, keberanian dan keikhlasan politik untuk mengatasi segala kemelut dalam parti khususnya yang berkaitan masa depan parti dan orang Melayu.

Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, UMNO perlu memberi suara yang lebih kepada akar umbi untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung dasar-dasar parti.

Katanya, setelah enam bulan mengharungi kesan buruk Pilihan Raya Umum Ke-12, sudah tiba masanya UMNO melakukan perubahan tersebut.

"Kebetulannya isu sekarang ialah peralihan kuasa dan pada saya, inilah detik permulaan yang sangat penting.

"Jika dalam keadaan 'sakit' sebegitu pun UMNO masih enggan mendengar pandangan akar umbi, ia akan menghadapi masa depan yang sukar," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.