saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 22/09/2008

Pengerusi baru Felcra azam tingkat pendapatan peserta

22/09/2008 12:30pm

KAMPUNG GAJAH 22 Sept. — Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang dilantik Pengerusi Felcra yang baru berazam untuk mempertingkatkan pendapatan bulanan peserta tanah-tanah rancangan Felcra.

“Masih terlalu awal untuk saya mengulas mengenai Felcra tetapi hasrat yang terpendam lama adalah untuk meningkatkan pendapatan peserta,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim dan ibu tunggal di sini hari ini.

Tajuddin berkata, beliau akan berbincang dengan lembaga pengarah dan pengurusan Felcra bagi mengenal pasti masalah dan mencari kaedah baru meningkatkan pendapatan syarikat berkenaan dan seterusnya menambah dividen peserta.

“Selain tertumpu kepada kelapa sawit dan padi, kita perlu memikirkan untuk mencari satu sumber kekayaan baru, mungkin di dalam sektor pertanian atau pembangunan tanah,” katanya.

Tajuddin akan memulakan tugasnya sebagai Pengerusi Felcra pada 16 Okt ini menggantikan Datuk Nasaruddin Hashim yang telah tamat tempoh lantikan. — BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.