saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 22/09/2008

Bincang tambat ringgit

PULAU PINANG 21 Sept. – Pelaksanaan semula sistem tambatan ringgit adalah antara cadangan yang akan dibincangkan dalam taklimat khas Kementerian Kewangan yang akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya esok.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, memandangkan ia merupakan kali pertama Timbalan Perdana Menteri menghadiri mesyuarat di kementerian itu atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan, maka pelbagai isu dibangkitkan termasuk mengenai kedudukan ekonomi global.

“Pelbagai isu akan dibawa bagi membolehkan kita memberi data dan kedudukan terkini kepada Najib untuk membuat keputusan sebagai Menteri Kewangan.

“Esok, beliau akan memulakan tugas di Kementerian Kewangan dan difahamkan perbincangan telah diatur dari pagi hingga ke petang. Banyak taklimat akan diberi berhubung ekonomi tempatan dan global serta cabaran di arena antarabangsa,” katanya.

Nor Mohamed berkata demikian selepas program Majlis Bantuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Liga Muslim Pulau Pinang yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majmor Shariff di Masjid Kapitan Keling di sini hari ini.

Lebih 1,500 fakir miskin dan orang kurang upaya menerima bantuan pada majlis berkenaan.

Nor Mohamed mengulas cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya sistem tambatan ringgit dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang AS yang semakin menyusut akhir-akhir ini akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelantikan Najib sebagai Menteri Kewangan manakala Abdullah mengambil alih portfolio Najib di Kementerian Pertahanan.

Di TEMERLOH, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan meneliti cadangan Tun Dr. Mahathir supaya dilaksanakan semula sistem tambatan ringgit.

Menurut Muhyiddin, walaupun suasana ketika tambatan ringgit yang digunakan kerajaan pada 1997 tidak sama dengan senario ketidaktentuan ekonomi global pada masa ini tetapi mungkin ada beberapa mekanisme tambatan ringgit itu boleh diaplikasikan semula.

“Mungkin tambatan ringgit dilihat tidak lagi sesuai bagi mengekang kelembapan ekonomi dunia hari ini untuk melindungi kesannya terhadap ekonomi negara tetapi ada beberapa mekanisme tertentu tambatan ringgit itu boleh diguna pakai semula.

“Masalah ekonomi global masa kini berpunca daripada krisis subprima di AS sehingga menyebabkan beberapa bank utama di negara itu bankrap dan senario ini tidak sama dengan apa yang berlaku pada 1997,'' kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbi UMNO Bahagian Temerloh dan Kuala Krau dekat sini malam tadi.

Muhyiddin berkata, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dalam menangani perkembangan ekonomi semasa dunia.

Beliau berharap kesan kelembapan ekonomi global itu bersifat sementara dan tidak seteruk seperti yang terjadi pada 1997.

“Apa yang penting ialah kerajaan perlu sentiasa mengawal inflasi, memantapkan sektor pelaburan, memperkukuhkan institusi kewangan dan menggerakkan ekonomi domestik,'' katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin memberitahu, kerajaan yakin mampu membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM45 bilion pada hujung tahun ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.