saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/09/2008

RTM guna digital sepenuhnya tiga tahun lagi

KUALA TERENGGANU 22 Sept. - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menggunakan sepenuhnya sistem penyiaran secara digital dalam tempoh tiga tahun lagi berikutan penstrukturan semula operasinya oleh Kementerian Penerangan.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, dengan teknologi terbaru itu, RTM akan memperkenalkan perubahan dari segi kandungan penyiaran yang memfokuskan kepada berita-berita berbentuk wilayah selain menyusun atur pentadbiran dan tenaga kerjanya.

Menurutnya, perubahan itu terpaksa dilakukan memandangkan trend penonton masa kini yang lebih suka kepada berita-berita berbentuk setempat berbanding isu nasional.

''Perubahan ini adalah dua tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama warga Jabatan Penerangan Terengganu di sini semalam.

Beliau berkata, melalui perubahan itu kandungan penyiaran RTM1 dan RTM2 akan memuatkan lebih banyak berita mengenai isu bersifat wilayah dan daerah, manakala segmen khas disediakan untuk berita berbentuk nasional.

Ahmad Shabery berkata, penonton kini lebih cenderung untuk mengetahui berita-berita yang berlaku di sekitar daerah mereka berbanding isu nasional dan ini terbukti apabila laporan berita berbentuk demikian mendapat reaksi yang positif daripada penonton.

''Masalah budak di belakang rumah kadangkala lagi penting daripada masalah di bursa saham.

''Orang Sarawak hendak tengok berita dari Sarawak, orang Sabah pun hendak tengok berita dari negeri mereka dan begitu juga negeri lain dan tidak mustahil apabila kita menggunakan penyiaran digital nanti, satu saluran dipecahkan kepada sembilan bagi membolehkan berita setiap wilayah dikeluarkan," ujarnya.

Justeru, beliau meminta semua kakitangan RTM terutama yang bertugas di negeri-negeri supaya melakukan persiapan dan meningkatkan keupayaan masing-masing untuk mengeluarkan lebih banyak berita bermaklumat di peringkat daerah.

Menurutnya, beliau sendiri sedang mengawasi perubahan di samping pihak pentadbiran RTM sendiri yang dalam proses mengubah cara berfikir kakitangannya.

Ahmad Shabery memuji Bernama TV kerana corak pemberitaan yang dikatakan mampu diterima oleh semua pihak termasuk pembangkang.

''Ia merupakan satu cabaran yang harus disaingi oleh RTM," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.