saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 23/09/2008

Hamzah cipta keropok pisang


HAMZAH Sariwon menunjukkan produk keropok pisang di rumahnya di Felda Layang-Layang, Kluang, Johor, semalam.


KLUANG 22 Sept. - Seorang peneroka di Felda Layang-Layang di sini kini boleh berasa bangga kerana keropok pisang yang dihasilkan berjaya memberi pulangan pendapatan sampingan yang menguntungkan hingga RM1,200 sebulan.

Lebih membanggakan, ciptaannya itu mencatat sejarah tersendiri kerana berjaya mencipta keropok pisang. Sebelum ini pisang hanya dijadikan kerepek.

Hamzah Sariwon, 57, yang lebih mesra dengan panggilan Wak berkata, beliau berbangga kerana berjaya mempelbagaikan makanan berkhasiat untuk dinikmati penggemar pisang selain menambahkan pendapatan keluarganya.

"Kira-kira dua tahun lalu, datang ilham pada awal pagi bila terfikir di Pantai Timur ada keropok ikan tetapi di sini (Johor) banyak pisang, jadi kenapa tidak dibuat keropok pisang," katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya di Felda Layang-Layang Kluang di sini, semalam.

Menurutnya, selepas itu beliau mengadunkan ramuan pisang masak yang dikupas lalu diuli dengan tepung ubi, gula, garam serta air lalu dibentuk seperti silinder.

Bapa kepada sembilan anak itu berkata, bahan kemudian dipotong menjadi kepingan bersaiz bulat lalu dijemur dan selepas kering digoreng untuk menjadi keropok pisang yang enak.

Menurutnya, beliau telah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mengkomersialkan makanan ringan tersebut. Dengan sokongan jabatan-jabatan tersebut, Hamzah kemudian mengikuti kursus keusahawanan dan pembungkusan makanan sebelum memulakan perusahaannya dengan modal RM1,000.

Beliau seterusnya menerima pinjaman kewangan berjumlah RM6,000 daripada Felda dan dengan peruntukan itu dia membeli empat mesin menguli dan pemotong untuk membolehkan pengeluaran dilakukan secara besar-besaran.

"Pengeluaran peringkat awal secara manual mampu menghasilkan 100 kilogram (kg) keropok sebulan manakala jumlah pengeluaran menggunakan mesin mencecah 300 kg sebulan," jelasnya.

Katanya, kesemua operasinya dilakukan di rumahnya dengan dibantu oleh dua orang pekerja dan nilai aset perusahaan itu kini sebanyak RM12,000.

Menurut Hamzah, nilai jualan produk itu mencecah RM2,400 sebulan dan kebanyakannya dipasarkan di seluruh negeri Johor.

Katanya, keropok pisang mentah dijual pada harga RM8 sekilogram manakala keropok yang digoreng berharga RM12 sekilogram.

"Bagaimanapun, pengeluaran saya masih tidak dapat menampung permintaan yang terlalu tinggi kerana maklum balas mendapati ramai yang menggemari keropok pisang ini," katanya.

Justeru, beliau bercadang untuk mengetengahkan lagi produk tersebut dan bersedia berkongsi ilmu pengetahuan dengan usahawan yang mahu menceburkan diri menjual keropok pisang.

"Walaupun saya yang pertama membuat keropok pisang tetapi saya berharap lebih ramai lagi yang membuat keropok pisang kerana permintaannya terlalu tinggi di pasaran," katanya.

Hamzah berkata, walaupun permintaan makanan itu meningkat dua kali ganda pada musim perayaan namun beliau hanya mampu mengeluarkan keropok pada kuantiti biasa ekoran masalah kekurangan bahan mentah pisang.

Orang ramai yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan membuat keropok pisang boleh menghubungi Hamzah di talian 019-7418568.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.