saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 23/09/2008

Ahli UMNO diingat jaga parti


Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan orang ramai pada majlis Mesra Ramadan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Kota Bharu, semalam.
- Gambar ROSNI MASRI


KOTA BHARU 22 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli UMNO supaya menjaga parti ketika ada pihak-pihak tertentu yang membuat bermacam helah serta rancangan untuk memporak peranda parti itu.

Perdana Menteri menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli untuk memastikan sebarang agenda yang menghancurkan parti itu tidak akan berlaku.

Beliau berkata, semua ahli perlu beriktikad untuk menjaga perpaduan, persaudaraan dan kesetiaan kepada perjuangan bagi memastikan UMNO terus kukuh.

"Allah telah berfirman sesungguhnya perbuatan macam itu (memporak peranda parti), akhirnya akan membawa kepada kehancuran, jadi kalau kita ingat ini, insya-Allah kita akan maju dan berjaya, Allah akan merahmati perjuangan kita," kata beliau.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap pada majlis Mesra Ramadan di Dewan Tun Abdul Ghafar Baba, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini hari ini.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.

Tambah Abdullah, tiada kejayaan yang diperoleh tanpa ada kekuatan yang datang dari muafakat, kerjasama, perpaduan dan persefahaman.

''Saya sebagai pemimpin bersama timbalan serta semua ahli inginkan UMNO menjadi parti yang baik, tidak bergaduh dan tidak berbalah sesama kita.

''Kita mahu semua menunjukkan persefahaman yang sama sebab kita mahu mengejar kejayaan dalam kehidupan untuk menjadi bangsa yang mulia dan berjaya dalam pelbagai bidang,'' tegas beliau.

Dalam pada itu, Abdullah turut mengingatkan semua pihak supaya menjaga percakapan dan menggunakan kesempatan pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT.

Kata beliau, pergaduhan dan perbalahan sesama sendiri akan menimbulkan banyak kesulitan.

Justeru itu, Abdullah berkata, muafakat dan kerjasama yang kukuh akan membawa kepada kejayaan perjuangan demi masa depan agama, bangsa dan negara.

''Cakap biarlah baik dan di samping itu kita perlu faham bahawa kerja amal soleh yang meningkatkan kita.

''Kerja amal yang akan meningkatkan darjat kita untuk menikmati kemuliaan daripada Allah SWT," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.