saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 23/09/2008

UPKO ikrar kekal bersama BN

TAWAU 22 Sept. - Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) menafikan akan mengikut jejak Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menjadi sebuah parti bebas.

Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Ebin berkata, partinya akan terus setia dengan BN dan menolak khabar angin bahawa UPKO adalah parti kedua yang bakal berbuat demikian.

"Kita masih percaya dengan BN dan akan terus bersama BN. UPKO akan terus berjuang membela nasib rakyat secara lantang melalui BN yang kita percaya masih merupakan gabungan yang kuat.

"UPKO akan terus berusaha bersama parti komponen BN lain membela nasib rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Apas di sini semalam.

Rabu lalu, SAPP bertindak keluar daripada BN selepas tiga bulan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan bersedia menyokong undi usul tidak percaya terhadap beliau.

UPKO mempunyai empat kerusi Parlimen iaitu di Ranau, Tuaran, Putatan dan Penampang, manakala enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Moyog, Kuala Penyu, Paginatan, Bingkor, Nabawan dan Kuamut.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berkata, pandangan bahawa BN tidak lagi relevan sebagai sebuah kerajaan adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Berhubung keputusan SAPP keluar BN, beliau berkata, tindakan tersebut sememangnya sudah dijangka.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak mendapat sokongan penuh ahli SAPP dan sebagai bukti, beberapa pemimpin kanan dan bekas ahli parti itu sudah pun bertindak keluar SAPP.

Katanya, tindakan itu adalah hak mereka walaupun ia mengecewakan parti komponen BN Sabah yang lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.