saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 24/09/2008

Lembaga disiplin UMNO perlu diperkukuh banteras politik wang

24/09/2008 4:15pm

MUAR 24 Sept. — Lembaga Disiplin Umno perlu diperkukuhkan bagi membolehkannya bertindak tegas menangani gejala politik wang menjelang pemilihan parti di peringkat bahagian bulan depan dan Majlis Tertinggi pada Disember ini, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya beliau telah menyarankan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini setelah dimaklumkan terdapat arah aliran peningkatan amalan politik wang dalam mesyuarat-mesyuarat pemilihan cawangan yang berakhir bulan lepas.

“Saya agak bimbang kerana sudah nampak petanda amalan politik wang agak meluas pada mesyuarat-mesyuarat cawangan kali ini berbanding mesyuarat sebelum ini.

“Saya bimbang kalau trend sebegini berlarutan atau menular di mesyuarat-mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung parti, ia akan menimbulkan masalah besar kepada parti,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama pemimpin dan anggota Umno Bahagian Pagoh di sini malam tadi.

Selain menambah bilangan anggota Lembaga disiplin dan jawatankuasa siasatan, beliau mencadangkan agar anggota Umno secara sukarela mengawasi perilaku mereka yang tidak mematuhi peraturan dan perlembagaan parti itu.

“Pemimpin-pemimpin parti di semua peringkat perlu sanggup menjadi mata dan telinga Umno kerana tenaga kerja di Lembaga Disiplin amat terbatas,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka supaya tidak memberikan laporan palsu kepada Lembaga Disiplin.

“Kalau tidak ada bukti atau berbohong, maka dia akan dikenakan tindakan di bawah peraturan parti yang sedia ada,” kata beliau selanjutnya sambil memberi contoh bagaimana seorang ahli dikenakan tindakan setelah membuat aduan palsu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru-baru ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berharap lembaga tersebut dapat bertindak terhadap mereka yang melanggar peraturan dan etika parti itu sebelum perhimpunan agung parti Disember ini.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.