saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/09/2008

53 produk susu China disita




PUTRAJAYA 24 Sept. - Kementerian Kesihatan menyita 53 barangan makanan berasaskan susu yang diimport dari China kerana disyaki tercemar dengan melamin melalui pemeriksaan bersepadu di seluruh negara sejak semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, produk yang mem- babitkan coklat, biskut gula-gula dan yogurt dari China itu dikenakan pemeriksaan tahap lima.

Pemeriksaan tahap itu menyebabkan sesuatu produk disita bagi tujuan ujian sebelum dilepaskan semula di pasaran bagi memastikan ia selamat untuk pengguna.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebanyak 13 syarikat yang mengeluarkan 324 produk berasaskan susu bukan dari China, disahkan tidak tercemar dengan melamin.

Katanya, kementerian telah mengeluarkan senarai yang dikemas kini membabitkan produk-produk tersebut hari ini.

''Aktiviti pemantauan produk- pro- duk makanan tersebut akan dijalankan berterusan di pintu masuk negara dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang diarahkan membuat pemeriksaan tahap enam iaitu tidak membenarkan masuk sama sekali produk susu formula dari China.

''Bagaimanapun jika pengguna telah mengambil sebarang produk makanan yang disyaki tercemar dengan melamin, mereka dinasihatkan supaya tidak bimbang. Ini kerana kesannya sangat sedikit memandangkan paras kandungan melamin pada produk berkenaan tidak tinggi," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca-Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Tiong Lai, Suruhanjaya Eropah (EC) telah menetapkan tahap migrasi melamin yang selamat daripada bekas atau pembungkus makanan ialah 30 miligram (mg) bagi setiap sekilogram.

''Dalam konteks ini, melamin telah dikesan di dalam minuman kopi, jus oren dan susu fermentasi dalam julat 0.54 sehingga 2.2mg bagi setiap kilogram makanan.

''Jika pengguna masih ragu-ragu mengenai tanda-tanda kegagalan ginjal, mereka hendaklah segera berjumpa dengan pegawai perubatan untuk mendapatkan sebarang nasihat dan rawatan berkaitan," katanya.

Beliau menjelaskan, tindakan menyita produk-produk makanan dari China itu akan dilaksanakan sehingga notis baru dikeluarkan oleh kementerian.

''Namun setakat ini tiada produk susu formula dibenarkan masuk ke negara ini dan tiada sebarang lesen mengimport susu dari China di keluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan," katanya.

Beliau berkata, isu pencemaran melamin dalam susu dari China mendapat perhatian Kabinet dan kementerian-kementerian terbabit diarah memberi kerjasama bagi menangani masalah tersebut.

''Kementerian Kesihatan juga telah mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran untuk memastikan semua kantin sekolah tidak menjual produk makanan yang disyaki tercemar oleh melamin dari China," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.