saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 25/09/2008

Kanak-kanak 3 tahun saman Amy Search


Nik Zahir Nik Mohd. Idris menunjukkan kesan luka Nik Muhammad Zakwan yang terkena tomyam panas di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Sept. Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hari ini menyaman penyanyi Amy Search selaku pemilik Restoran Laksamana Cheng Ho kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur akibat terkena tumpahan kuah tomyam panas.

Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir yang memfailkan saman itu melalui bapanya, Nik Zahir Nik Mohd. Idris, 31, bagaimanapun tidak menetapkan jumlah ganti rugi yang dituntut.

Saman tersebut yang menamakan Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman selaku defendan, difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Seman & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil di sini.

Plaintif turut hadir bersama bapa dan ibunya, Nur Maya Abdul Rahman, 29, serta peguam Adenan Seman @ Abdullah.

Kes itu dijadualkan untuk sebutan pada 26 November ini di hadapan hakim Unaizah Mohd.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nik Muhammad Zakwan selaku plaintif menyatakan dia sekeluarga dan saudara mara mengunjungi restoran itu di Wangsa Maju pada 17 Jun lalu bagi meraikan sambutan kelahiran ahli keluarga baru mereka.

Semasa mereka sedang berbual-bual dan menunggu makanan disediakan, dakwanya, seorang pekerja defendan telah membawa sebuah dulang makanan mengandungi semangkuk besar tomyam panas, masakan ikan siakap dan sayur tauhu dengan hanya menggunakan sebelah tangan.

Sewaktu menghampiri meja mereka, dakwa plaintif, pekerja itu telah gagal mengimbangi dulang itu yang berada di atas kepala plaintif menyebabkan tomyam panas dan ikan siakap tertumpah dan mengenai badannya serta percikan kuah tomyam itu mengenai mata bapanya.

Dakwa plaintif yang merupakan anak tunggal, keadaan menjadi kecoh apabila dia yang berusia tiga tahun lima bulan ketika itu meraung kesakitan dan didapati bahagian badannya telah melecur dengan teruk.

Plaintif yang dibawa ke sebuah klinik berhampiran sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kemudiannya disahkan telah mengalami kesan melecur tahap satu dan dua di badan dan beberapa tempat lain serta perlu mendapat rawatan susulan.

Ekoran kejadian itu, ayah plaintif telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada hari yang sama.

Keluarga plaintif mendakwa merasa amat kecewa kerana ketika kejadian itu berlaku, pekerja terbabit mahupun pekerja-pekerja lain di restoran itu tidak tampil membantu mangsa serta memohon maaf.

Dakwa plaintif lagi, kejadian itu telah dilaporkan dalam sisipan Pancaindera di akhbar Mingguan Malaysia pada 29 Jun lalu dan bapanya turut meninggalkan nombor telefon tetapi tiada sesiapa daripada restoran itu menghubunginya untuk menyelesaikan perkara itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.