saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/09/2008

Minyak turun 10 sen lagi

PUTRAJAYA 24 Sept. – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter berkuat kuasa esok.

Pada masa sama, harga runcit diesel juga dikurangkan 10 sen iaitu daripada RM2.50 seliter kepada RM2.40 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini membuat keputusan itu setelah mengambil kira harga purata minyak dunia sebulan terakhir ini yang mengalami penurunan yang ketara.

Harga minyak di pasaran dunia kini ialah sekitar AS$109 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang ini, Abdullah berkata, harga minyak itu juga diturunkan kerana kerajaan menyedari orang ramai mula pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bermula hujung minggu ini.

Beliau berharap penurunan harga petrol dan diesel dapat meringankan beban rakyat.

“Untuk tempoh sebulan terakhir, harga minyak dunia mengalami turun naik ketara. Namun secara purata, ia menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya.

“Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata: “Dengan mengaplikasikan formula yang diguna pakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit minyak sebelum ini, pengurangan 10 sen ini ialah nilai pengurangan maksimum yang dapat diberi oleh kerajaan.”

Abdullah memberitahu, keputusan untuk melakukan pelarasan harga petrol dan diesel itu juga dibuat kerana mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini adalah yang terakhir untuk September dan sebelum sambutan Aidilfitri pada 1 Oktober ini.

Beliau berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga kedua dilakukan oleh kerajaan setelah pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu.

Pada Jun lalu, kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada tahun ini. Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Dengan penurunan harga minyak hari ini, ini bermakna dalam tempoh tiga bulan lalu kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 25 sen seliter.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.