saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/09/2008

Eurocopter dapat tender ganti Nuri

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hari ini bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri atau Sikorsky S61A-4 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perdana Menteri berkata, surat hasrat (LOI) telah dihantar kepada Eurocopter untuk membeli helikopter tersebut.

‘‘Pada masa ini Kementerian Pertahanan sedang mengadakan rundingan dengan Eurocopter mengenai spesifikasi teknikal helikopter, klausa perjanjian sebelum menandatanganinya secara rasmi dengan syarikat berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima taklimat khas di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal;

Terdahulu Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormat daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mejar Mohamad Qadri Abu Bakar dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Beliau pernah menjadi Menteri Pertahanan dari 1986 hingga 1987.

Perdana Menteri menegaskan, pemilihan Eurocopter itu adalah berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan serta ciri-ciri yang terdapat pada helikopter berkenaan.

Abdullah menambah, sudah tiba masanya khidmat Nuri ditamatkan memandangkan usia pesawat itu yang telah lama digunakan dan pernah terlibat dalam beberapa kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa.

‘‘Saya masih ingat mesyuarat Kabinet menetapkan bahawa helikopter Nuri itu perlu digantikan dengan segera memandangkan ia telah terlalu lama berkhidmat,’’ katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, Ahli Parlimen Mas Gading, Sarawak Datuk Dr. Tiki Lafe telah dilantik menggantikan Tan Sri Lee Lam Thye sebagai Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.