saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/09/2008

Penangguhan nafi hak ahli - Mukhriz

TEMERLOH 27 Sept. - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berpendapat, tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO dari Disember tahun ini kepada Mac tahun depan sebagai satu usaha untuk menidakkan hak ahli akar umbi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun mempersoalkan sama ada tindakan menangguhkan persidangan tersebut boleh memberikan manfaat dan kekuatan kepada parti atau sebaliknya.

Katanya, beliau sendiri tidak faham atas sebab-sebab penangguhan itu perlu dilakukan dan ia tentunya akan memberikan gambaran yang tidak sihat serta boleh menimbulkan kekeliruan ahli-ahli akar umbi.

"Daripada maklum balas yang saya terima dari seluruh negara, penangguhan Perhimpunan Agung UMNO itu memberikan impak negatif dan ramai yang mahu supaya MT membatalkan penangguhan tersebut," kata Mukhriz.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama ahli-ahli UMNO Bahagian Temerloh dan Kuala Krau di sini semalam.

Menurut Mukhriz, tindakan MT itu menyebabkan ahli-ahli UMNO menjadi semakin bosan dengan kepimpinan parti.

Katanya lagi, penangguhan itu yang mengambil masa hanya tiga bulan berdasar daripada tarikh asal adalah tidak relevan dan memberikan kelebihan yang boleh menguatkan semula parti, sebaliknya ia boleh menyebabkan kepimpinan parti dilihat semakin dipersoalkan.

"Adakah Perhimpunan Agung UMNO pada tahun depan akan dibuat dua kali iaitu persidangan pada bulan Mac 2009 bagi persidangan yang ditangguhkan pada tahun 2008 dan satu persidangan untuk tahun 2009,'' soal beliau lagi.

Dalam satu perkembangan lain, Mukhriz turut membidas sikap beberapa pemimpin Gabungan Badan NGO Malaysia yang mengecam pemimpin tertentu UMNO kerana memperalatkan suara akar umbi bagi kepentingan politik mereka sendiri.

"Daripada maklum balas yang saya terima di seluruh negara, 99 peratus ahli akar umbi tidak menyokong pelan peralihan kuasa pada tahun 2010 dan sebaliknya mereka mahu peralihan kuasa antara Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib dipercepatkan.

"Kemungkinan gabungan pertubuhan NGO itu mewakili satu peratus suara ahli-ahli UMNO akar umbi,'' katanya merujuk kepada kenyataan Pengerusi gabungan itu, Md. Radzi Daud yang mendakwa mewakili suara akar umbi UMNO yang menyokong peralihan kuasa pada tahun 2010.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.