saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/09/2008

Meriahkan Adilfitri bersama rancangan raya televisyen


MINAH lodeh tipah lepatlah pulak.


SETELAH hampir sebulan berpuasa, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba beberapa hari lagi, pelbagai rancangan menarik disusun oleh stesen-stesen televisyen bagi memeriahkan suasana hari raya.

Antara rancangan tersebut ialah telefilem, drama, filem, muzikal raya dan pelbagai rancangan yang menyaksikan gandingan persembahan artis-artis terkenal tanah air.

Jika anda mahu meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman di rumah, jangan ketinggalan menyaksikan pelbagai rancangan menarik ini. Sambil menjamu selera dan menghadiri rumah terbuka, anda tidak ketinggalan berhibur dengan rancangan tv menarik.

l Warna-warni Aidilfitri di RTM

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal bersiaran dengan pelbagai rancangan raya. Eksklusif pada hari raya, penonton RTM 1 berpeluang menyaksikan Siti Nurhaliza bersama peminat pada hari raya kedua pada pukul 11 malam.

Bagi mereka yang inginkan hiburan menjelang raya, jangan lupa menyaksikan sebuah drama muzikal Epilog Cinta Terindah (Bintang-Bintang RTM) yang mengisahkan percintaan dua pasangan ketika zaman muda yang banyak rintangan. Rancangan yang diterbitkan Mohd. Yusni Mohd. Ali ini akan menemui penonton pada Hari Raya ke-10, pukul 3 petang. Ia membariskan artis-artis popular seperti Izwan Pilus, Ramlah Ram, Siti Sarah, Azharina dan Amir (Sofaz).

Selain tayangan filem seperti Jangan Pandang Belakang (raya ketiga; 9 malam) dan Zombie Kampung Pisang (raya keempat; 9 malam), penonton juga disajikan telefilem yang membawa mesej keinsafan seperti Sesuci Al Fitri (raya kedua; 12. 30 tengah malam) lakonan Safura dan Shaharuddin Thamby, Panggilan Raya (raya pertama; 10 pagi) lakonan Emelda Rosmila dan Ijoy Azahari dan Tasbih Terakhir (raya keempat; 12.30 tengah malam) lakonan Nasir Bilal Khan, Jasmin Hamid dan Safura.

Penonton juga dapat menonton Komedi Khas Raya, Selamat Hari Raya Jiran Tetangga lakonan Saiful Apek, Raja Azura, Nabil, Datuk Aziz Satar dan ramai lagi.

Saksikan juga beberapa siri konsert mulai 3 Oktober hingga 5 Oktober pada pukul 3 petang setiap hari dengan persembahan hebat artis-artis tempatan seperti Sofaz, 6ixth, Azharina, Elyana, The Fabulous Cats, Kristal dan Ifa Raziah.

- Kesyukuran dalam kemeriahan bersama TV3

Sementara itu, bertemakan 'Kesyukuran dalam Kemeriahan' TV3 mengajak penonton-penonton setianya agar sentiasa bersyukur sambil menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri.

Pada kesempatan ini, stesen televisyen swasta ini mengajak penonton-penontonnya untuk meraikan Aidilfitri dengan meneruskan tradisi kunjung-mengunjung ke rumah saudara- mara dan sahabat handai dan saling bermaaf-maafan. Sambil bergembira di samping orang tersayang penonton juga diseru agar bersyukur menikmati kurniaan Ilahi. Para penonton bakal disajikan dengan pelbagai aneka ragam masyarakat menerusi filem, telefilem dan program-program hiburan dan jenaka.

TV3 telah menyusun dengan teliti program-program bagi memastikan hanya yang terbaik untuk ditayangkan sempena dengan Aidilfitri bagi menepati cita rasa penonton. Kebanyakan program tersebut mempunyai keistimewaan dan mesej yang tersendiri.

- Tayangan

Telefilem raya TV3 menjelang raya pada pukul 9.30 malam menyaksikan tayangan Mengejar Sinar yang mengisahkan Taufik berhenti kerja setelah mengambil VSS daripada pejabat tempat dia bekerja. Isterinya, Mariam risau kerana dia sedang mengandung anak kedua selepas lapan tahun tidak mengandung. Satu hari, ibu mertuanya terjumpa Ain dan membawanya pulang. Taufik pergi mendapatkan anaknya dan merayu ibu mertuanya untuk memulangkan Ain, namun dia menyalahkan Taufik kerana tidak mampu menjaga Ain. Dapatkah Taufik bersatu kembali dengan anaknya? Saksikan lakonan Rosyam Nor, Erma Fatima, Maimun Mutalib, Fauziah Nawi, Ismail Yaacob dan Aziz M Osman.

Sementara itu, telefilem Takdir Sedang Berbisik bakal menemui penonton pada pagi raya Ketiga yang mengisahkan kemalangan yang menimpa Husin mengubah kehidupan yang baru dibinanya bersama Maimon. Husin lumpuh dan kehilangan pekerjaan sementara itu, Mak Piah hanya bersabar dengan kerenah menantunya, Maimon. Mak Piah menjaga Husin dan anaknya dengan bantuan Mastura, anak Mak Yam yang sedang belajar tahun akhir di universiti . Telefilem ini dijayakan oleh pelakon-pelakon berkaliber seperti Rosyam Nor, Umie Aida, Fauziah Nawi, Faizal Hussein, Ummi Nazera, Ku Faridah Ku Syafie, Bobby Hazreen, Latiff Borgiba, Maimunah Ahmad dan Maimun Talib.

TV3 turut diwarnai rancangan muzikal antara yang paling istimewa ialah Teratak Siti Nurhaliza pada raya pertama pukul 10 pagi . Teratak Siti Nurhaliza merupakan satu program muzikal yang pastinya dinantikan oleh peminat-peminat penyanyi tersohor tanah air yang bakal dikendalikan oleh beliau sendiri.

Program 60 minit ini akan menyaksikan Siti Nurhaliza mendendangkan lagu-lagu popular tradisional dan juga terkini yang menjadi kegilaan ribuan peminat beliau dengan diiringi oleh pemuzik-pemuzik professional yang dipimpin oleh Faizal Uzir.

Program muzikal ini berkonsepkan fusion tradisional dan moden di mana kedua elemen ini digabungkan untuk mendapatkan konsep irama tersendiri sekali gus menjadikan program ini unik dan berbeza dari persembahan Siti Nurhaliza sebelum ini. Bukan itu sahaja, turut memeriahkan rancangan ini, Siti Nurhaliza juga menjemput adik- beradik beliau iaitu Siti Saida dan Siti Saerah untuk bersama-sama membuat persembahan dengannya buat julung-julung kalinya di kaca televisyen.

Di samping itu, penonton pasti terhibur dengan GhazalRock pada Raya Kedua, 2 Oktober, 10.00pagi.

GhazalRock merupakan satu program muzikal 'lain dari yang lain' yang pastinya akan menambat hati para peminat penghibur tanah air. Artis-artis popular seperti Ning Baizura, Faizal Tahir, Anuar Zain, Ella dan kumpulan rock, Jinbara yang dipertemukan dalam program khas raya ini. Bersiaran selama 60 minit, program ini akan menyaksikan para artis jemputan mendendangkan lagu tradisional termasuklah lagu-lagu kontemporari yang kekal popular, masih diminati ramai dengan diiringi oleh alunan muzik daripada kumpulan Jinbara sendiri bersama pancaragam ghazal.

Di samping itu, rasai kehangatan Aidilfitri pertama bersama rancangan signatur Saluran Ceria Anda, ntv7 yang akan menyiarkan filem superhero hebat, Batman Begins hasil garapan pengarah lagenda,Christopher Nolan lakonan Christian Bale, Michael Caine dan Katie Holmes dari 11.45 malam hingga 1.45 malam. Dapatkan lebih keriangan dan kegirangan pada hari raya pertama dengan siaran Cirque Du Soleil: Quidam, Cirque De Soleil: Quidam dan Batman Begins pada Rabu, 1 Oktober.

Tidak ketinggalan, temui Om, seorang kanak-kanak lelaki yang berusaha gigih menghias rumahnya bagi memanggil kedatangan malaikat untuk menunaikan harapannya pada hari raya dalam Malam Tujuh Likur, Jumaat, 3 Oktober 2008, mulai pukul 10 pagi hingga 12 malam. Filem ini dibintangi oleh Adam Zakaria, Eira Syazira, Aaron Aziz dan Aida Aris.

Sementara itu, 8tv turut menyiarkan filem istimewa pada raya pertama pada pukul 10.00 malam dengan tayangan filem Lord Of The Rings-The Two Towers.

- Drama keinsafan di saluran Astro

Saluran Astro Melayu seperti Astro Ria, Prima dan Kirana turut menyajikan pelbagai rancangan menarik untuk anda sekeluarga.

Pelbagai drama dan telefilem hebat bakal menemui anda sepanjang tiga hari pertama Aidilfitri. Epilog drama yang dipaparkan membawa mesej tersendiri dan pengajaran yang melahirkan keinsafan kepada penonton.

Antaranya, sebuah drama hebat, Hanya Aku yang mengisahkan tentang sekumpulan penghuni rumah pengasih yang belajar erti keseronokan, cara menghormati orang lain dan untuk menjadi orang yang berguna dalam masyarakat. Drama lakonan Hattan, Baby Erin, Que Haidar, Nabila Huda, Sheila Rusly dan Erma Fatima berkisar di antara golongan bekas penagih, ibu bapa, pasangan hidup, anak- anak dan orang tersayang. Kisah ini boleh dijadikan pengajaran buat mereka yang hidup dengan dengan cara hidup penjenayah termasuklah mereka yang pernah ditangkap dan disabitkan sebagai pesalah serta dihantar ke penjara.

Drama ini akan disiarkan di Astro Ria pada pukul 11 malam. Aidilfitri anda juga pasti menarik dengan drama Cahaya Lailatulqadar lakonan Beego, Zulhuzaimy, Fauziah Nawi, Jalil Hamid dan Syarifah Sheera. Drama yang akan disiarkan di Astro Prima pada pukul 9 malam ini mengisahkan Adam akhirnya pulang ke tanah air dari London selepas lima tahun bermastautin di sana. Dia merancang untuk membawa pulang sejumlah wang yang besar dari ibunya sehingga mendatangkan kemarahan adiknya, Adi.

- Kesinambungan

Bagi peminat telefilem Takbir Suci 2, kesenimbungan telefilem ini, Takbir Suci 3 akan ditayangkan di Asro Ria pada pukul 11 malam. Ia mengisahkan tentang bagaimana Nora sanggup menyingkirkan ibunya sendiri semata-mata kerana sifat tamak dan dendam yang teramat pada bulan Ramadhan. Saksikan telefilem yang dapat memberi keinsafan kepada semua yang menonton bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

Sementara itu, penonton juga disajikan dengan pelbagai rancangan hiburan lain seperti Minah Lodeh,Tipah Lepat Berayalah Pulak, Di Bawah Ketiak Isteri Aidilfitri, Gegar Gitu Apek Raya, Ada Cinta Di Hari Raya? Selain beberapa filem mnari untuk tontonan umum seperti Cuci, Chermin, I'm Not Single, Kala Malam Bulan Mengambang dan Anak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.