saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 29/09/2008

Kampung Padang Hangus bermandikan cahaya pelita


pelita daripada barangan terpakai ciptaan Mohd. Syukri Abdullah bersama rakannya, Roslim Ismail berbentuk pelita Masjid Kristal, Menara Kuala Lumpur dan Ferris Wheel menjadi tarikan di Kampung Padang Hangus, kelmarin.
- Gambar AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 28 Sept. - Kedatangan Syawal tidak lama lagi sememangnya ditunggu oleh umat Islam yang menjalani ibadah berpuasa terutama kanak-kanak.

Pelbagai cara digunakan untuk memeriahkan sambutan hari raya dan sudah menjadi tradisi di sesetengah tempat, pertandingan memasang pelita masih diteruskan dengan niat untuk mengembalikan nostalgia Ramadan semasa ketiadaan elektrik suatu masa dahulu.

Pertandingan pasang pelita sama sahaja seperti memasang lampu berwarna-warni serta membuat biskut iaitu untuk mewujudkan suasana ceria dan gembira perayaan yang datang hanya setahun sekali.

Itulah yang dilakukan masyarakat Kampung Padang Hangus di Tepuh apabila pada 10 malam terakhir Ramadan setiap penduduk akan bergotong royong menyiapkan pelita menggunakan bahan-bahan terpakai.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Hangus, Sidek Salleh, 57, ketibaan 10 malam terakhir Ramadan sememangnya dinantikan penduduk kampung dan mereka awal-awal lagi mencari buluh dan tin kosong untuk dijadikan pelita yang akan dihias di sekeliling kawasan rumah masing-masing.

Kreativiti

Menurutnya, penduduk akan bergotong-royong menyiapkan pelita-pelita berkenaan dalam pelbagai bentuk mengikut kreativiti masing-masing termasuk yang paling popular menyerupai bentuk Menara Berkembar Petronas.

''Bahkan golongan muda merupakan golongan yang paling banyak terlibat bergotong-royong menyiapkan pelita menggunakan minyak tanah untuk dipasang di sekeliling kampung," ujarnya.

Sidek memberitahu, sebagai tanda sokongan JKKK turut menyumbang minyak tanah sebagai memberi semangat kepada penduduk yang menyertai pertandingan tersebut.

Ujarnya setiap penyertaan perlulah menggunakan sekurang-kurang 50 buah pelita pelbagai rekaan untuk dipasang di keliling rumah bagi memeriahkan kawasan.

Tambahnya, setiap penduduk bebas menggunakan kreativiti masing-masing untuk mereka bentuk pelita.

Menurutnya, pertandingan pasang pelita itu menawarkan hadiah lumayan kepada penduduk kampung.

''Pada tahun ini kita menyediakan hadiah berupa barangan elektrik kepada pemenang dan hamper makanan kepada pemenang saguhati, ini semua sebagai tanda penghargaan kepada penduduk yang menyertai pertandingan ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.