saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 29/09/2008

Cougar pilihan tepat - Penganalisis


EC725 Cougar yang dibeli oleh TUDM bagi menggantikan pesawat Nuri.


SEREMBAN 28 Sept. - Pengumuman pembelian EC725 Cougar dari Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. untuk menggantikan pesawat Nuri merupakan pemilihan yang sangat tepat untuk keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata penganalisis pertahanan tempatan, Marhalim Abas.

Marhalim yang juga Editor bebas untuk majalah Asian Defence Journal memberitahu, Eurocopter selama ini banyak menguasai pasaran komersil Malaysia dan ini merupakan kali pertama syarikat itu berjaya menjual pesawat tenteranya kepada TUDM.

"Kehadiran Eurocopter di Malaysia semakin kukuh kerana sebelum ini ia berjaya membekalkan helikopter Fennec kepada polis dan tentera laut negara ini.

Helikopter syarikat itu turut digunakan oleh Malaysia Helicopter Services," katanya.

Kejayaan ini mungkin disumbang kepada kehadiran syarikat itu di Subang, Selangor yang telahpun menguasai pasaran komersil di negara ini sejak beberapa tahun lepas, katanya.

Beliau menjangkakan EC725 TUDM nanti akan diberi kelengkapan senjata dan navigasi yang sama taraf dengan helikopter tentera Perancis termasuk sistem penerbangan malam yang sebelum ini tidak dilengkapkan kepada helikopter sedia ada dalam perkhidmatan TUDM.

Katanya, TUDM memerlukan sekurang-kurangnya 40 buah helikopter bagi menggantikan perkhidmatan Nuri dan yakin beberapa buah daripada helikopter EC725 yang akan diterima kelak mungkin akan diubah suai untuk menjadi helikopter Combat Search and Rescue (CSAR).

Wakil syarikat Eurocopter di Malaysia, Salleh Majid pula memberitahu, helikopter EC725 mempunyai kelajuan dan perlindungan yang boleh diharapkan untuk masuk ke zon pertempuran sebagai helikopter CSAR.

"Keistimewaan helikopter ini adalah kebolehannya untuk menjadi pesawat CSAR yang sebenar-benarnya. Masuk dan keluar dengan selamat dari zon panas," katanya baru-baru ini.

Katanya, TUDM sebelum ini mempunyai Nuri khusus untuk tugas-tugas penyelamat tetapi ia hanya dinaik taraf kepada Search and Rescue (SAR) sahaja kerana tidak mempunyai kelajuan dan perlindungan armor yang diharapkan.

Sumber dari industri memberitahu, syarikat-syarikat antarabangsa bersaing sengit untuk memenangi tender TUDM kali ini tetapi sejak dari awal, beliau berpendapat EC275 akan muncul sebagai pemenang kerana keupayaannya untuk terus terbang walaupun peluru berjaya menembusi bahagian enjin dan mengeringkan minyak hidraulik.

EC725 merupakan model yang ditingkatkan dari helikopter AS532 Cougar dan membuat penerbangan pertamanya pada tahun 2000 untuk memenuhi keperluan CSAR Tentera Udara Perancis.

Antara kejayaan helikopter ini adalah penglibatannya dalam Operasi Baliste di Lebanon pada tahun 2006 yang ketika itu ia digunakan untuk mengeluarkan rakyat dari negara Eropah semasa memuncaknya serangan Israel ke atas kedudukan Hezbollah.

Helikopter yang sama juga menyokong kedudukan tentera Perancis yang terlibat dalam peperangan menentang keganasan di Afghanistan.

EC725 boleh memecut sehingga 324 kilometer sejam dan berupaya membawa 28 tentera tidak termasuk anak kapal.

Jika memasuki perkhidmatan TUDM, ia dijangka mempunyai kelengkapan yang sama dengan helikopter milik Perancis seperti sistem amaran radar, alat umpan peluru berpandu, meriam 20mm, pelancar roket dan mesingan 7.62mm.

Ia juga mempunyai perlindungan dari tembakan mesingan ke atas bahagian penumpang.

- Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:09
Zuhur 1:29
Asar 4:45
Maghrib 7:29
Isyak 8:38



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.