saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 30/09/2008

Somchai pula hadapi dakwaan


pasukan penyiasat Lebanon mengumpul bukti-bukti dari kawasan letupan bom kereta yang menyaksikan lima mangsa terbunuh di Tripoli, bandar pelabuhan di utara negara itu, semalam. – AFP


BANGKOK 29 Sept. – Seorang Senator Thailand hari ini memfailkan aduan rasmi terhadap Perdana Menteri, Somchai Wongsawat dengan mendakwa beliau melanggar perlembagaan kerana memiliki saham di sebuah syarikat yang memegang konsesi firma kerajaan.

Senator Ruangkrai Leekijwatana yang menjatuhkan Perdana Menteri sebelum ini, Samak Sundaravej dengan tindakan undang-undang yang serupa, memfailkan aduan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (EC).

Bagaimanapun Ruangkrai berkata, beliau juga akan meminta Mahkamah Perlembagaan menimbangkan kes itu.

Berikutan aduan itu, EC akan melantik sebuah jawatankuasa kecil untuk menyiasat perkara berkenaan dan jika didapati wajar diteruskan, ia akan memanjangkan hasil siasatan kepada Mahkamah Perlembagaan.

“Saya mahu EC menyiasat sama ada Perdana Menteri patut meletakkan jawatan kerana mencabuli perlembagaan,” katanya kepada wartawan selepas mengemukakan petisyen itu.

Aduan beliau tertumpu kepada saham milik Somchai dalam syarikat Internet, CS Loxinfo CSL.BK yang mendapat kontrak jangka panjang dengan firma telefon kerajaan, CAT Telecom untuk membekalkan perkhidmatan Internet menerusi satelit.

Perlembagaan 2007 yang dirangka oleh tentera selepas rampasan kuasa yang menggulingkan jutawan telekomunikasi, Thaksin Shinawatra pada 2006, mengharamkan ahli politik daripada memegang saham dalam syarikat yang mendapat kontrak daripada firma kerajaan.

Somchai yang juga adik ipar Thaksin menyangkal dakwaan itu.

“Saya mematuhi setiap undang-undang sebelum mengambil alih jawatan ini,” katanya kepada wartawan semalam selepas diejek oleh orang ramai di sebuah gedung membeli-belah di sini.

Samak terpaksa meletak jawatan awal bulan ini setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Perlembagaan terlibat dengan konflik kepentingan kerana terus mengendalikan rancangan memasak di televisyen sedangkan beliau sudah menjadi Perdana Menteri.

– Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.