saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/09/2008

Bahagian Muar bantah tangguh

MUAR 29 Sept. - UMNO Bahagian Muar tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti yang menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO pada Disember ini ke Mac tahun depan.

Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah berkata, bahagian itu mendesak supaya perhimpunan diadakan mengikut jadual asal kerana MT tidak berhak membuat sebarang penangguhan.

"UMNO Bahagian Muar kecewa dengan penangguhan itu dan menyifatkannya sebagai tidak membantu usaha memulihkan kepercayaan rakyat dan menguatkan kembali parti.

"Kami mendesak Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan kepada ahli tujuan penangguhan perhimpunan agung itu," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat bahagian di sini malam tadi.

Ahli jawatankuasa UMNO bahagian, Hassan Tun Sulaiman pula ketika dihubungi memberitahu, jika Perhimpunan Agung parti diputuskan untuk ditangguh maka mesyuarat dan pemilihan di peringkat bahagian juga sepatutnya ditangguh.

Menurutnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah parti bahawa Perhimpunan Agung diadakan lima bulan selepas mesyuarat peringkat bahagian dan meminta MT memikirkan semula penangguhan itu.

"Kami juga mendesak pucuk pimpinan parti menghentikan cakap-cakap tentang peralihan kuasa dan sebaliknya biarkan ahli di peringkat bawahan buat keputusan," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.