saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 03/10/2008

Lanun: Somalia benar negara asing guna tentera

MOGADISHU 2 Okt. - Somalia telah memberi kebenaran kepada negara luar untuk menggunakan ketenteraan bagi menentang lanun yang terus menahan kapal kargo untuk menuntut wang tebusan.

Dalam perkembangan terbaru, lanun-lanun tersebut telah menahan sebuah kapal kargo yang membawa senjata, bagi menuntut wang tebusan berjumlah AS$20 juta (RM68.92 juta).

Setakat ini, tidak ada petunjuk bahawa persiapan sedang dilakukan bagi membolehkan tindakan ketenteraan diambil.

Pemangku Pengarah Kementerian Luar Somalia, Mohammed Jammer Ali berkata, semalam beliau telah memberi kebenaran baru bagi membolehkan tindakan ketenteraan diambil untuk menentang lanun terbabit.

"Masyarakat antarabangsa telah memperoleh kebenaran untuk menentang lanun-lanun tersebut," katanya.

Pada minggu lalu, lanun telah merampas sebuah kapal kargo Ukraine MV Faina yang membawa 33 buah kereta kebal T-72 buatan Rusia, senapang dan senjata berat lain.

Rampasan kapal kargo itu mencetus reaksi segera daripada masyarakat antarabangsa yang mahu tindakan diambil ke atas lanun terbabit.

Sekurang-kurangnya lapan negara Kesatuan Eropah (EU) telah menawarkan diri untuk membentuk pasukan ketenteraan bagi melindungi kapal yang melalui Teluk Aden dekat perairan Somalia.

Malah, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan satu resolusi membenarkan negara asing menghantar kapal perang ke Teluk Aden untuk membantu kerajaan menyekat serangan lanun.

Presiden Somalia, Abdullahi Yusuf dalam ucapannya melaui siaran radio semalam merayu campur tangan masyarakat antarabangsa.

Sebanyak 62 kapal telah diserang oleh lanun di perairan Teluk Aden sepanjang tahun ini.

Sebanyak 12 daripada 26 kapal kargo yang dirampas masih ditahan lanun terbabit bersama-sama kira-kira 200 anak kapal, bagi menuntut wang tebusan.

- AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.