saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 03/10/2008

Kegiatan lanun gugat perdagangan antarabangsa

NAIROBI 2 Okt. - Kegiatan lanun di Teluk Aden telah menggugat aktiviti perniagaan antarabangsa apabila syarikat perkapalan terpaksa membayar tebusan antara AS$18 juta hingga AS$30 juta (RM 62.04 juta hingga RM103.40 juta), setakat ini.

Menurut syarikat pemikir Britain, Chantham House, kumpulan lanun di Teluk Aden telah merampas lebih 30 kapal kargo.

Perkembangan itu katanya, menjadikan perairan sepanjang 3,300 kilometer itu antara yang paling berbahaya di dunia, selain mengancam laluan penting perdagangan antara Eropah dan Asia.

"Jumlah tebusan yang dibayar pada tahun 2008 berjumlah antara AS$18 juta hingga AS$30 juta (RM62.04 juta hingga RM103.40 juta).

Menurut syarikat itu, kumpulan lanun di Teluk Aden menerima bayaran tebusan antara AS$500,000 hingga AS$2 juta (RM1.7 juta hingga RM6.89 juta) bagi pembebasan setiap kapal kargo yang dirampas pada tahun ini.

Dalam laporan bertajuk "Ancaman Perdagangan Global, Suapan Perang Tempatan", syarikat itu berpendapat, kumpulan lanun cuba mengubah laluan kapal perdagangan di laluan tersebut yang digunakan oleh lebih 20,000 kapal setiap tahun.

Keadaan itu katanya, menyebabkan peningkatan kos operasi dan penghantaran kargo.

Kenaikan kos itu ditambah lagi dengan peningkatan harga minyak dan tempoh pelayaran.

"Premium risiko insurans juga telah meningkat sebanyak 10 kali ganda pada tahun ini," katanya.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.