saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 03/10/2008

Provokasi di rumah terbuka Aidilfitri

PARA penyokong Hindraf yang membuat kacau semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Rabu lalu terlupa satu perkara yang amat mustahak kepada umat Islam.

Hari Raya Aidilfitri ialah perayaan agama umat Islam. Ia bukan perayaan agama lain.

Hari Raya Aidilfitri bukan perayaan biasa kerana ia berkait rapat dengan aspek spiritual umat Islam.

Hari Raya Aidilfitri dianggap hari yang penuh kemurnian. Orang Islam tidak bergaduh pada hari besar itu.

Umat Islam telah merayakan Aidilfitri sejak lebih 1,400 tahun lalu. Tarikh 1 Syawal dalam kalendar Islam menandakan kegembiraan berakhirnya Ramadan, bulan penuh keberkatan yang diisi dengan ibadat puasa dan pelbagai amalan keagamaan lain.

Sungguhpun 1 Syawal menjadi perayaan yang disambut oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia, namun ia hanyalah amalan eksklusif di kalangan penduduk ibu kota.

Amalan eksklusif berlainan dengan budaya agama. Menganggap 1 Syawal sebagai perayaan milik rakyat Malaysia bukan satu tiket untuk memalukan pemimpin Islam.

Hari Raya Aidilfitri tidak wajar disabotaj untuk tujuan politik, apatah lagi oleh politik Hindu.

Bagi masyarakat Islam di kawasan-kawasan pedalaman dan di luar Kuala Lumpur, rumah terbuka hari raya adalah saat-saat mereka menerima kedatangan saudara-mara dan sahabat handai berkunjung untuk mengeratkan silaturrahim.

Mereka bermaaf-maafan sempena hari raya.

Ada sesetengah daripada orang Islam di pedalaman tidak pernah merasai peluang bersalaman dengan orang beragama lain pada hari raya.

Suasana yang disaksikan di rumah terbuka Perdana Menteri di PWTC pada 1 Syawal lalu adalah peristiwa yang terhad kepada kehidupan di kota.

Bagi orang Islam, mereka tidak sesekali akan berkunjung ke rumah terbuka seseorang semata-mata untuk menghina tuan rumah.

Jika seseorang Islam itu datang ke rumah terbuka muslim yang lain dengan tujuan menghina tuan rumah, perbuatan tersebut sudah dianggap bertentangan dengan semangat Aidilfitri.

Ia dianggap suatu dosa. Kalau ia terjadi pada Hari Raya Aidilfitri, dosa itu akan menjadi bahan percakapan umum -- nikmat Tuhan yang menganugerahkan Ramadan dan Aidilfitri telah dicemarkan.

Dalam kekacauan yang tercetus pada rumah terbuka Perdana Menteri di PWTC, Kuala Lumpur, perbuatan itu - sungguhpun hanya dilakukan sekumpulan kecil aktivis Hindu - menjadi lebih serius kerana ia bukan isu pertembungan sesama Islam.

Kerana ia dilakukan oleh penganut agama lain, ia jelas merupakan suatu perbuatan menghina agama Islam. Islam seolah-olah secara sengaja telah dimalukan dan diprovok pada Rabu lalu oleh para penyokong Hindraf.

Pertubuhan itu jelas mahu merendah-rendahkan kewibawaan pemimpin Islam dan memperkecil-kecilkan mereka.

Mereka yang bersimpati dengan Hindraf boleh memberikan berbagai-bagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan itu, tetapi hakikatnya ialah sekumpulan penyokong pertubuhan itu telah mencemarkan rumah terbuka pemimpin Islam pada hari umat Islam merayakan kebesaran agamanya.

Penyokong Hindraf patut sedar bahawa mereka bernasib baik kerana provokasi itu berlaku di Kuala Lumpur.

Sekiranya sambutan rumah terbuka hari raya orang Islam di negara India dikacau sedemikian rupa, ia mungkin telah pun mencetuskan masalah hubungan kaum dan agama yang membahayakan.

Kalau penyokong Hindraf melakukan penghinaan seumpama itu di kawasan-kawasan pendalaman yang menjadi kampung halaman orang Melayu, mereka sudah pun diajar tentang makna dan akibat berperangai kurang ajar.

Amat malang bagi Malaysia kerana selepas 51 tahun merdeka ia masih mempunyai sekumpulan kecil rakyat yang tidak peka tentang sensitiviti agama masyarakat yang menjadi majoriti penduduk.

Ekoran perbuatan seekor kerbau yang membawa lumpur, hari yang sepatutnya menjadi simbol keharmonian dan penyatuan telah menjadi hari yang menyedihkan dalam konteks hubungan kaum dan agama di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.