saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/10/2008

Laman sembang 8TV digantung

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) menggantung serta merta perkhidmatan laman sembang yang disiarkan stesen televisyen 8TV selepas ia disalah guna oleh penonton untuk mencari pasangan seks.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, penggantungan itu berkuat kuasa sehingga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyelesaikan siasatan terhadap laman sembang berkenaan.

Beliau turut memberi amaran kepada stesen-stesen lain yang memiliki laman sembang supaya mengetatkan penapisan atau dikenakan tindakan serupa.

“SKMM membuat cadangan untuk menggantung perkhidmatan laman sembang itu dan saya minta ia dikuatkuasakan serta merta.

“Saya telah arah SKMM memaklumkan perkara ini kepada stesen berkenaan dan sepatutnya malam ini laman sembang itu sudah tiada lagi,” katanya sewaktu dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan khas mengenai perkhidmatan laman sembang di stesen televisyen yang semakin tidak terkawal apabila mesej-mesej berbaur seks turut disiarkan di kaca televisyen.

Antara contoh mesej berkenaan ialah “pada mummy yang berumur 30 tahun ke atas, woi la saya k... saya perlukan khidmat anda, kalau anda memerlukan khidmat saya, woi la saya, area KL diutamakan”.

Shaziman berkata, pengurusan stesen televisyen berkenaan juga akan dipanggil memberi keterangan berhubung penyalahgunaan laman sembang itu.

Katanya, jika perkara itu sudah lama berlarutan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengharamkan laman sembang tersebut.

Tambahnya, semua stesen televisyen juga telah berjanji untuk menapis setiap mesej yang dihantar pengguna sewaktu memohon kebenaran mewujudkan laman sembang.

“Persoalannya sekarang adakah mereka mampu melakukan penapisan itu? Kalau begini keadaannya mereka sudah terbukti tidak mampu.

“Jika tidak mampu menapis, mereka tidak berhak menyediakan laman sembang kerana semua stesen sudah tahu mengenai syarat itu,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya memang menggalakkan perkembangan industri program interaktif di televisyen seperti laman sembang tetapi ia perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab.

Mengenai caj 70 sen yang dikenakan bagi setiap mesej yang dihantar ke laman sembang stesen 8TV, Shaziman menyifatkannya amat mahal.

Beliau juga hairan dengan sikap masyarakat yang sanggup menghabiskan duit untuk tujuan tersebut.

“Kalau setakat untuk melihat nama dan mesej disiarkan di kaca televisyen atau nak berkenalan, saya rasa itu amat membazir,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.