saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 06/10/2008

Buku dan muzium

PELANCONGAN telah menjadi salah satu faktor ekonomi kepada hampir semua negara di dunia ini. Manusia akan sentiasa melintas sempadan, terutamanya kepada mereka yang ingin melihat dunia luar dan merasai sendiri pengalaman hidup, walaupun sebentar di negara asing.

Tentunya masing-masing mempunyai sebab tersendiri untuk melancong. Tak kurang juga kerana ingin mendapat ilmu baru untuk kemudiannya diaplikasikan semula di negara sendiri sekiranya ia bersesuaian dengan masyarakat dan budaya setempat.

Antara lokasi yang wajib dilawat adalah muzium. Di sinilah para pelancong dapat mempelajari tentang tempat, masyarakat, budaya, bangunan dan sebagainya mengenai tempat yang dilawatinya itu. Muzium amat penting kepada sesebuah negara atau tempat, kerana di sinilah berkumpulnya semua maklumat yang diperlukan.

Salah sebuah muzium yang dilawati penulis ketika berada Melbourne baru-baru ini ialah Immigration Museum yang menempatkan segala maklumat mengenai kemasukan 'pendatang' ke Australia. Mengikut laporan muzium tersebut terdapat lebih 9 juta orang yang telah berhijrah ke negara kangaroo ini sejak tahun 1788, termasuklah bangsa-bangsa Inggeris dari Britian dan Yahudi.

Apa yang menarik tentang muzium ini (dan juga muzium-muzium lainnya di Melbourne) ialah kedai cenderahatinya. Bukan sekadar menjual cenderahati kawasan tersebut atau berkaitan dengan objek pamerannya, malah turut menjual buku-buku berkaitan rapat dengan pamerannya.

Misalnya di Immigration Museum banyak dijual buku-buku berkaitan dengan budaya sesebuah bangsa yang telah berhijrah ke sini, juga catatan-catatan penghijrah. Malah terdapat juga buku berkaitan dengan kebaya Malaysia dijual di sini.

Penjara lama

Lebih menarik apabila penulis melawat Old Melbourne Gaol, iaitu sebuah penjara lama, sama seperti Penjara Pudu di Malaysia. Di sinilah terpenjaranya 135 orang penjenayah di Melbourne sejak bandar ini dibuka pada tahun 1845 dan ditutup pada tahun 1924. Menariknya di sini juga terjual buku-buku berkaitan dengan penjara ini dan juga biografi penjenayah-penjenayahnya.

Alangkah bagus sekiranya Penjara Pudu juga dikekalkan sebagai sebuah muzium yang menjadi pengajaran yang berkesan kepada masyarakat Malaysia.

Seterusnya penulis melawat City Museum yang menjadi penyimpan utama sejarah Melbourne. Antara yang dipelajari di sini ialah tentang pembinaan Melbourne sebagai sebuah bandar yang maju seperti sekarang ini.

Malah yang lebih menarik ialah mengenai sejarah tramnya yang dikatakan terpanjang di dunia iaitu sejauh 249 km. Juga di muzium ini menjual buku-buku berkaitan dengan sejarah bangunan dan tram yang diagung-agungkan itu.

Penulis sempat membeli sebuah buku kecil bertajuk The Impermanent City: The rise and fall of Melbourne's skyline yang dijual di muzium ini. Sebuah buku yang diterbitkan sendiri oleh muzium ini menceritakan mengenai bangunan-bangunan lama yang kebanyakan sudah dirobohkan di Melbourne. Ia sebenarnya merupakan himpunan artikel yang berkaitan rapat dengan sebuah pameran mengenai bangunan di Melbourne yang sedang berlangsung sekarang di muzium tersebut.

Pendek kata, pada setiap destinasi lawatan penulis di Melbourne, buku terjual di mana-mana. Sebagai pelancong, penulis merasakan ilmu yang didapati daripada pembacaan buku lebih berkesan selain daripada mendapat maklumat secara langsung daripada pameran-pameran yang sedang berlangsung. Malah, kandungan buku itu lebih kekal dan dapat dibawa pulang sebagai kenangan dan pengalaman. Seharusnya muzium-muzium di negara kita selain daripada menjual barangan cenderahati, turut juga menjual buku-buku yang berkaitan dengan pameran di muzium tersebut. Secara langsung, para pelancong akan dapat menyelami sejarah budaya bangsa kita dengan lebih terperinci.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.