saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 06/10/2008

Taman Buaya dan Rekreasi Melaka berwajah baru

MELAKA 5 Okt. - Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, Ayer Keroh di sini bakal berwajah baru dengan memperkenalkan kawasan rekreasi air yang akan beroperasi bulan depan.

Pengurus Besarnya, Hasbi Yusof berkata, kawasan taman berharga RM650,000 itu mempunyai kolam air seluas 557 meter persegi.

''Ia turut dilengkapi beberapa permainan untuk kanak-kanak seperti air terjun, air pancut, gelongsor badan dan taman permainan air," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hasbi berkata, kolam air tersebut juga selamat untuk kegunaan kanak-kanak kerana hanya mempunyai kedalaman antara 0.4 meter hingga 0.7 meter.

''Taman permainan air ini mampu memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa," katanya.

Menurutnya, kawasan rekreasi air itu itu dijangka dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka terutama di kalangan kanak-kanak.

''Ini berikutan selain dapat melihat pelbagai spesies buaya , para pengunjung juga mempunyai pilihan tambahan bermain air bersama keluarga masing-masing," jelasnya.

Selain kawasan rekreasi air, Hasbi berkata, beberapa tarikan baru juga kini sedang dibina di situ antaranya Malaysia In Maniature, rumah reptilia dan kawasan taman permainan.

''Malaysia In Maniature mengandungi 13 replika bangunan bersejarah dan utama di negara ini seperti bangunan A'Famosa, Stadhuys, Jambatan Pulau Pinang, Tugu Negara dan Litar F1 Sepang," katanya.

Ujarnya lagi, bagi kemudahan pengunjung, sebuah medan selera yang mengandungi 10 kedai makan serta pentas pertunjukan yang baru juga akan dibina di taman berkenaan.

''Semua tarikan dan kemudahan baru ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan," tambahnya.

Apabila kawasan rekreasi air itu memulakan operasi, bayaran RM10 untuk pelawat dewasa dan RM6 kanak-kanak akan dikenakan berbanding RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak pada masa kini.

Jelas beliau, Taman Buaya Melaka dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, Hasbi memberitahu, Taman Buaya dan Rekreasi itu kini mempunyai lebih 140 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesies.

Katanya, terdapat sebahagian daripada buaya berkenaan diimport dari beberapa negara jiran seperti dari Myanmar, India dan Siam.

''Setiap hari Sabtu dan Ahad, kita akan mendapatkan persembahan buaya yang akan dipersembahkan oleh jurulatih profesional.

''Aktiviti ini sekali gus menjadi daya tarikan ke taman ini dan pasti membuatkan pengunjung teruja dengan aksi buaya serta para pelatih terlibat," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.