saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/10/2008

Sarah bangkit tebus silap


PUTERI SARAH


[email protected]>

BARU-BARU ini, model serta pelakon bernama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengejutkan dunia hiburan tempatan apabila gambar aksinya berpeluk dan bercium dengan teman lelakinya tersebar di Internet.

Mengakui akan kesilapannya, Puteri Sarah atau mesra dengan panggilan Sarah, 23, sudah pun meminta maaf secara terbuka melalui media.

Tidak menyangka ia akan menjadi satu isu besar, heroin filem Aduh Saliha ini mengharapkan agar permohonan maafnya itu dapat diterima semua.

Menganggap apa yang berlaku atas kebodohan yang diciptanya sendiri, Sarah turut berharap agar dirinya tidak terus dihina dan diberikan peluang untuk memperbaiki kelemahan.

“Ketika ini, Sarah tidak mahu memikirkan atau bercakap lagi tentang isu itu. Tolonglah jangan bertanya mengenainya lagi. Fokus Sarah selepas ini adalah pada karier dan pelajaran,’’ ujar Sarah kepada Hits ketika ditemui baru-baru ini.

Gambar aksi Sarah bercium dan berpeluk dengan teman lelakinya yang diletakkan dalam sebuah laman web rangkaian sosial pernah didedahkan media sebelum ini.

Pemuda dalam gambar berkenaan merupakan seorang model yang pernah menyertai pertandingan bakat baru anjuran sebuah majalah pada tahun lalu.

Baru beberapa bulan mengenali pemuda itu, gambar itu mendapat respons negatif daripada pelbagai pihak.

Menurut Sarah, selepas peristiwa hitam tersebut berlalu, dia kini semakin berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Namun, ujarnya, dia bersyukur kerana walaupun dipandang negatif, karier seninya masih berterusan.

“Saya masih ada kerja dan diberikan peluang untuk berlakon. Tidak pula saya dipulau atau diketepikan. Sibuk dengan karier dan pelajaran, kehidupan saya sekarang ini semakin baik.

“Syukur juga kerana keluarga saya dan keluarga teman lelaki Sarah amat memahami serta memberikan sokongan,’’ katanya.

Jelasnya, dalam keadaan dia dikutuk atas kesilapan yang dilakukan, Sarah kini lebih memilih untuk berkawan.

“Alasannya hanya satu, sepanjang melalui detik hitam itu, ada juga kawan-kawan yang selama ini baik di depan bertindak menikam Sarah dari belakang.

“Untuk itu, lebih baik memiliki hanya seorang kawan yang sanggup hidup susah senang bersama Sarah daripada ramai kawan,’’ ujarnya.

Digantung pelajaran?

Sementara itu, Sarah turut menepis dakwaan yang mengatakannya digantung pelajaran oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) gara-gara penyebaran gambar peribadinya itu.

“Perkara itu tidak benar. Saya baru sahaja menamatkan pengajian pada April lalu dan akan menjalani majlis konvokesyen pada November ini. Cukuplah. Jangan mengata itu ini terhadap Sarah lagi,’’ tegasnya.

Kata Sarah, sebaik tamat pengajian di UiTM, dia kini sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti di Kolej Taylor.

“Sekarang Sarah sudah berada di tahun kedua. Pelajaran Sarah okey,’’ jelasnya.

Bintangi filem kedua

Ditanya mengenai perkembangan seninya pula, Sarah menjelaskan, dia sudah pun menghabiskan pengambaran filem terbaru iaitu Lu Pikirlah Sendiri de Movie.

Bergandingan bersama Nabil (Raja Lawak Astro), Sarah memegang watak sebagai Natasya, seorang pelajar wanita yang kaya dan ego.

“Ini merupakan filem Sarah yang kedua selepas Aduh Saliha. Mengenai filem Aduh Saliha, Sarah tidak tahu perkembangan filem itu selepas proses pengambaran dihentikan,’’ jelasnya.

Popular menerusi iklan Silky Girl, Sarah pernah muncul dalam drama Kawan, Dunia Anita, Puteri dan Dendam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.