saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 07/10/2008

Ronnie Liu saman Khir Toyo

KUALA LUMPUR 6 Okt. Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu hari ini menyaman bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kerana didakwa memfitnahnya dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Ronnie mendakwa Mohamad Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah terhadapnya mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di akhbar berbahasa Cina, China Press pada 9 Mei lalu.

Menurutnya, walaupun Mohamad Khir tidak menamakan beliau dalam artikel tersebut tetapi ia jelas merujuk kepadanya kerana ia menyebut Ahli Majlis Mesyuarat yang mengawal Kerajaan Tempatan Negeri Selangor.

Sejak Pakatan Rakyat mengambilalih kepimpinan kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum pada Mac lalu, Ronnie telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri.

Writ saman tersebut difailkan oleh Ronnie selaku plaintif melalui firma guaman Tetuan Gobind Singh Deo & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.