saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 07/10/2008

Muzium Sastera Melaka dibaik pulih RM1.7 juta


Muzium Sastera Melaka sedang dibaik pulih bagi memastikan bangunan tinggalan zaman penjajahan British itu terus utuh di Melaka.


MELAKA 6 Okt. – Muzium Sastera Melaka yang terletak dalam Kompleks Muzium Stadhuys di sini, sedang dibaik pulih bagi memastikan bangunan tinggalan zaman penjajahan British itu terus utuh.

Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas berkata, usaha membaik pulih muzium dan menaik taraf muzium tersebut telah bermula Julai lalu dan dijangka siap sepenuhnya Mei tahun depan.

Katanya, kos baik pulih Muzium Sastera Melaka ialah sebanyak RM1.7 juta

Menurut beliau, apabila siap sepenuhnya kelak, Muzium Sastera Melaka bukan sahaja akan mencantikkan lagi bangunan bersejarah tersebut malahan memberikan keselesaan kepada pengunjung dengan penambahan ruang pameran.

‘‘Usaha ini dilakukan selaras dengan pengisytiharan Melaka sebagai bandar raya warisan dunia oleh UNESCO (Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu) pada 7 Julai lalu. Diharapkan dengan menaik taraf muzium ini, ia akan menarik lebih ramai pengunjung pada masa depan,” kata beliau.

Muzium itu kini ditutup kepada pelawat sejak 14 Julai lalu dan akan dibuka semula kepada orang ramai selepas kerja-kerja ubah suai dan baik pulihnya siap iaitu pertengahan Mei 2009.

Khamis berkata, kerja-kerja utama pengubahsuaian muzium tersebut meliputi pembaikan bangunan melibatkan struktur kayu lantai, pintu dan tingkap dan juga mengatasi masalah kelembapan di aras bawah.

Katanya, bangunan yang dibina pada era penjajahan British itu dipercayai digunakan sebagai rumah kediaman pada zaman tersebut dan pernah dijadikan sebagai bilik tahanan pesalah sebelum menjalani hukuman pancung semasa zaman pemerintahan Jepun.

‘‘Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) merupakan agensi terakhir yang menggunakan bangunan tersebut sekitar tahun 1974 sebelum ia diubah suai menjadi sebuah muzium,” kata beliau.

Katanya, apabila siap kelak pameran muzium akan memberi fokus kepada tokoh-tokoh sasterawan dari Melaka mulai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah zaman selepas kemerdekaan.

Mereka ialah seperti Tun Sri Lanang (era Kesultanan Melayu Melaka), Munshi Abdullah (zaman transisi barat), Syed Sheikh Al-Hadi (zaman reformasi Islam sebelum merdeka) dan Datuk A. Samad Said, tokoh zaman selepas kemerdekaan.

‘‘Teknik pameran pula akan menggunakan panel-panel grafik, peti pameran, audio visual dan info kios,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.