saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 07/10/2008

Orang ramai dipelawa pelajari teknik melukis

MELAKA 6 Okt. – Orang ramai yang berminat mengembangkan bakat atau mahu memperbaiki teknik melukis dipelawa untuk menghadiri bengkel seni lukis di Galeri Seni Lukis, Jalan Laksamana di sini pada 18 dan 19 Oktober ini.

Bengkel yang dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan kerjasama Kumpulan Pelukis Negeri Melaka itu akan bermula pukul 10 pagi hingga petang dengan menampilkan para pelukis berpengalaman.

Pemangku Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas berkata, antara tenaga pengajar yang akan memberi tunjuk ajar teknik seni lukis itu ialah Mokhtar Yassin, Rozainol Hashim, Johari Ibrahim dan Muhammad Tain.

‘‘Bayaran yang dikenakan bagi menyertai bengkel ini ialah RM10 bagi setiap sesi. Para peserta juga dikehendaki membawa sendiri peralatan melukis seperti papan alas, kertas lukisan, peralatan mewarna serta berus lukisan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khamis berkata, bengkel selama dua hari itu akan memberikan peluang kepada penggiat seni untuk memahirkan diri mereka dalam bidang seni lukis sekali gus menghidupkan lagi Galeri Seni Rakyat dengan pelbagai aktiviti.

Selain itu, kata beliau, hasil karya peserta bengkel juga bakal diletakkan di Galeri Seni Rakyat untuk tujuan jualan dan pameran.

Galeri Seni Rakyat telah dibuka pada 25 Mac lalu dan perasmiannya dilakukan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada 28 Jun.

Antara aktiviti yang pernah diadakan di galeri tersebut ialah majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi penerbitan buku Masakan Warisan Negeri Melaka dan pameran A Tale of Two View dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.