saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 08/10/2008

Anwar tuduh Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai tindak-tanduk keterlaluan pertubuhan haram Hindraf bertujuan membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum India.

Sambil mengelak daripada mengulas perlakuan kumpulan itu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa isu sebenarnya ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai zalim.

''Jangan dengar Utusanlah. Isunya bukan tunjuk perasaan Hindraf yang disebut oleh Utusan Malaysia. Dalam akhbar Utusan Malaysia, ceritanya cuma nak bangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap Hindu. Saya katakan isunya adalah ISA yang zalim.

''Orang ditahan di bawah akta yang zalim kena dibebaskan. Jangan nak tukar (topik), makan anjing ke, makan beruk ke. Itu bukan soalnya.

''Orang zalim kena dibetulkan kesalahan mereka. Kalau orang Melayu beragama Islam tunjuk zalim kepada orang Hindu, orang Melayu tak layak memimpin negara ini. Utusan Malaysia boleh catat perkara ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anwar menegaskan rancangan beliau untuk mengambil alih kerajaan akan tetap dilaksanakan tanpa mengira sama ada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melepaskan jawatan Presiden UMNO atau tidak.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, rancangannya itu bukan bersifat peribadi terhadap Abdullah atau timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Kita tunggu pengumuman esok. Namun, walau apa pun yang berlaku, (rancangan ambil alih kerajaan) bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi terhadap Abdullah atau pun Najib,'' katanya.

Beliau ditanya peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri berikutan kenyataan Abdullah yang akan mengumumkan hari ini atau esok, keputusan sama ada bertanding jawatan Presiden UMNO atau tidak pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Ditanya seorang pemberita asing sama ada ketiadaan penyokong PKR di mahkamah hari ini menandakan kekurangan sokongan terhadap beliau, Anwar berkata, parti itu tidak menggerakkan penyokong mereka hari ini kerana menyangka Hakim Sesyen, S. M. Komathy Suppiah hanya membuat keputusan berhubung perkara teknikal.

''Kami sangka hakim akan memberi keputusannya dan menetapkan tarikh baru," katanya.

Mengulas prosiding hari ini, Anwar berkata, pihak pendakwaan cuba menyusahkan mahkamah dan enggan mengiktiraf kemampuan serta keupayaan Hakim Komathy daripada mendengar kes itu, malah berkeras mahu memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi yang didakwa Anwar, hakimnya boleh ''dipilih-pilih.''

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.