saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 08/10/2008

Agong, Raja Permaisuri tiba di Cartagena

08/10/2008 12:20pm


Kapal selam Scorpene kedua Malaysia sedang disiapkan untuk majlis pelancaran oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada hari ini. Kapal tersebut akan dinamakan KD Tun Razak, sempena Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.


CARTAGENA (Sepanyol) 8 Okt. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah tiba di sini awal Rabu untuk melancar dan menamakan kapal selam kedua Malaysia jenis Scorpene.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abu Seman Yusop, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar.

Turut hadir ialah para pegawai dari Sepanyol dan wakil Navantia, syarikat pembuat kapal yang dipertanggungjawabkan membina Scorpene 2, milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene berharga RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan rakan kongsinya dari Sepanyol, Navantia.

Majlis melancar dan menamakan kapal selam itu akan berlangsung pada Rabu di limbungan Navantia di bandar raya pelabuhan ini, yang terletak 450km dari ibu negara Sepanyol, Madrid.

Kapal selam pertama Malaysia jenis Scorpene dilancarkan di Cherbourg, Perancis, pada Oktober 2007.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.