saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 10/10/2008

Kaedah wet cleaning lebih selamat


SISTEM pencucian kering dan basah di NLS menjanjikan pakaian dicuci bersih, suci dan menepati kehendak syarak.


CUCIAN kering merupakan salah satu perkhidmatan 'wajib' yang ditawarkan oleh pengusaha-pengusaha dobi bagi 'merawat' pakaian daripada fabrik-fabrik yang lebih lembut dan sensitif.

Ramai daripada kita memang sudah biasa dengan teknik cucian tersebut, tetapi tidak ramai yang mengetahui lebih mendalam mengenai proses yang perlu dilalui bagi cucian kering.

Jika cucian basah biasanya menggunakan sabun pembersih, air dan pakaian mungkin akan diwapkan, bagi cucian kering, sabun pembersih dan air dicampurkan pada pelarut atau solvent bagi membantu menghilangkan kotoran.

Begitupun, semua jenis pelarut mempunyai kelemahan tertentu.

Pemilik Nur Laundry Station (NLS), Asiah Hashim, mengakui kebanyakan kedai cucian kering atau dry cleaning di negara ini masih menggunakan bahan yang dipanggil solvent perchloroethylene (Perc).

"Penggunaan Perc telah mula diberhentikan sedikit demi sedikit di Amerika dan Eropah kerana bahan ini telah terbukti membahayakan kesihatan.

"Ia disyaki boleh menyebabkan barah, merosakkan buah pinggang, paru-paru, salur pernafasan, organ reproduktif, kegatalan kulit, hidung dan mata serta mencemarkan alam sekitar dan udara.

"Bahan ini berbahaya bukan sahaja kepada pekerja di kedai dobi malah kepada pengguna kerana Perc tersebut akan tertinggal di dalam pakaian dan akan dihidu serta meresap melalui kulit,'' katanya ketika ditemui di kedai dobinya itu di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

Menjelaskan lebih lanjut mengenainya, kata Asiah, dahulu pekerja mencuci pakaian yang menggunakan Perc akan memakai sarung tangan dan menutup hidung semasa melakukan kerja-kerja mencuci pakaian. Air cucian pula tidak dibuang sebarangan sebaliknya akan dibuang di tempat yang dikhaskan.

Asiah berkata, wanita Melayu yang rata-rata gemar memakai baju sutera banyak terdedah kepada Perc yang digunakan dalam cucian kering.

"Daripada segi penyucian pula, Perc tersebut biasanya digunakan berkali-kali bagi mencuci baju dengan dikitar semula. Hanya setelah Perc didapati kotor, proses penyulingan atau distillation digunakan bagi membuang kotoran.

"Namun, Perc yang dikitar semula itu akan menyebabkan ia berubah menjadi mutanajis atau sekurang-kurangnya mustaqmal, sedangkan dalam Islam untuk mencuci kita hanya dibenarkan menggunakan air mutlak

"Tanpa air mutlak setiap pakaian yang dicuci tidak akan suci sekalipun bersih pada pandangan mata kasar,'' ujar ibu kepada dua orang anak remaja ini.

Menurut Asiah, di NLS tiada bahan Perc digunakan bagi cucian kering sebaliknya, beliau mengamalkan kaedah cucian basah atau wet cleaning dengan menggunakan bahan yang lebih terkini, iaitu campuran air bersama pelarut.

Setelah digunakan, bahan campuran tersebut akan dibuang dan tidak diguna semula.

"Pelarut yang kami gunakan ini mahal, ia bertindak kuat namun lembut pada fabrik. Kalau basuh kertas pun ia tidak akan hancur. Lagipun cara cucian ini dijamin bersih, suci dan boleh dibawa sembahyang,'' jelasnya lagi.

Kata Asiah, di Amerika dan Eropah, kaedah wet cleaning telah digunakan sejak 12 tahun lalu menggunakan mesin khas di mana bahan pencuci khusus dan air digunakan bagi mencuci sutera dan fabrik lain.

Wet cleaning memberi lebih banyak kelebihan daripada cucian kering memandangkan ia selamat dan selari dengan kehendak cucian secara Islam.

"Selain itu, pakaian dan kain-kain lain yang dicuci di NLS menggunakan bahan pencuci yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Kemudian pakaian akan dicampurkan dengan bahan pelembut yang bercampur losen wangi bagi melembutkan dan mewangikan pakaian. Ini yang paling disukai oleh pelanggan kerana keharuman yang berpanjangan,'' ujar Asiah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:54
Zohor 1:16
Asar 4:39
Maghrib 7:12
Isyak 8:27



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.