saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 11/10/2008

Petronas bangun pusat komersial RM100j di Kerteh

KEMAMAN 10 Okt. - KLCC Holdings Sdn. Bhd. menerusi dua anak syarikatnya, Metro Kemasik Sdn Bhd dan KLCC Projek Sdn. Bhd., membuka sebuah kompleks membeli-belah berharga RM100 juta di kawasan Kerteh yang terkenal sebagai kawasan perindustrian petroleum di negara ini.

Dengan operasi yang diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd., kompleks membeli-belah yang dibangunkan di kawasan seluas 12 hektar itu yang dikenali sebagai Mesra Mall, kini menjadi mercu tanda baru untuk pelancong yang berkunjung ke Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC Holdings, Hashim Wahir berkata, dengan pembukaan kompleks komersial baru itu, penduduk di sekitar Kemasik, Paka Kerteh, Kijal, dan Chukai, tidak perlu lagi berkunjung ke Kuantan, Pahang atau Kuala Terengganu bagi mendapatkan barangan dan produk berkualiti.

"Mesra Mall adalah antara usaha kami untuk memberi peluang kepada penduduk di kawasan ini menikmati kemudahan yang disediakan, setaraf seperti yang disediakan di bandar-bandar besar.

"Ditambah lagi dengan kenaikan harga minyak pada masa kini, penduduk di kawasan sekitar tidak lagi perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk mendapatkan barangan serta produk-produk berjenama kerana ia juga ditawarkan di kompleks membeli-belah ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesra Mall di Kerteh di sini hari ini.

Perasmian kompleks itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera, mewakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Menurut Hashim, pembinaan pusat membeli-belah Mesra Mall fasa satu ini diharap dapat memacu pembangunan komersial di daerah Kemaman dan secara amnya di Terengganu, dan setakat ini telah memberikan hampir 500 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.