saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 11/10/2008

Teladani krisis di Thailand

SENGAJA mengundang keganasan. Barangkali kata-kata ini dapat memberi gambaran yang tepat berhubung apa yang berlaku di Thailand. Kekacauan yang meletus bukanlah satu kejutan malah sudah dijangka dengan hanya sedikit kesilapan dan provokasi.

Sepanjang tahun ini, situasi tegang di ibu kota Bangkok tidak pernah surut biarpun jawatan Perdana Menteri sudah bertukar daripada Samak Sundaravej kepada Somchai Wongsawat.

Ketika memerintah Samak, beliau dikecam kerana dianggap menjalankan dasar bagi menjaga kepentingan Thaksin Shinawatra. Namun pelantikan Somchai pada 18 September lalu juga masih tidak berupaya memisahkan dunia politik Thai daripada terkena 'sentuhan' Thaksin.

Badi bekas Perdana Menteri inilah yang ingin dilenyapkan oleh sebuah pertubuhan Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) dari terus mewarnai kancah politik Thai.

Bagi PAD, biar apa pun yang bakal berlaku status 'Thailand itu Thaksin' atau 'Thaksin itu Thailand' tidak seharusnya dibiarkan berterusan.

Biarpun PAD menjangkakan kejayaan dengan pengunduran Samak pada bulan lepas namun pelantikan Somchai mematikan seketika kegembiraan mereka.

Pelantikan Somchai tidak membawa apa- apa erti kepada PAD kerana Somchai bukan sahaja masih boleh dikaitkan dengan Thaksin bahkan antara kedua-duanya mempunyai ikatan persaudaraan yang begitu rapat. Ini bermakna perjuangan sebenar PAD masih belum berakhir.

Kemarahan puak antikerajaan terhadap Somchai mula tercetus setelah mereka tidak berpuas hati dengan senarai anggota Kabinet baru yang diumumkan seminggu selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pemimpin PAD menolak Kabinet baru tersebut kerana dipenuhi anggota keluarga dan proksi Thaksin. Mereka juga menggambarkan Kabinet tersebut terdiri daripada orang yang tidak berkebolehan.

Sasaran utama kritikan ialah Menteri Kesihatan baru, Charlerm Yoobumrung yang dianggap tidak memiliki pengalaman yang sesuai dan Menteri Luar baru, Sompong Amornviwat. Untuk rekod, Sompong merupakan penasihat kepada Thaksin sebelum digulingkan pada September 2006.

Lantaran itu, PAD kembali meneruskan protes dengan sebahagian besar penyokong mereka masih menguasai Rumah Kerajaan. Sebuah badan penyelidik Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) menganggap protes anti kerajaan yang berterusan dan ketidakstabilan politik seperti ini merupakan satu ancaman kepada keamanan dan demokrasi di Thailand.

Menurut ICG, krisis tersebut turut memberi kesan buruk terhadap pelancongan dan ekonomi Thailand yang menyaksikan kejatuhan 25 peratus pasaran saham sejak PAD meningkatkan bantahan terhadap kerajaan yang memerintah.

Kumpulan pemikir ini juga tidak menolak akan berlakunya satu lagi siri rampasan kuasa tentera. Satu tamparan hebat buat demokrasi di Thailand sekiranya sekali lagi kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya berjaya digulingkan sama ada melalui rampasan kuasa tentera atau demonstrasi jalan raya.

Tindakan polis Thailand menahan salah seorang pemimpin PAD, Chaiwat Sinsuwongse awal Oktober lalu turut menyumbang kepada faktor puak antikerajaan untuk bertindak lebih agresif.

Kemuncak kekacauan meletus setelah pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang mengepung bangunan Parlimen bagi menghalang ucapan sulung Perdana Menteri.

Berdasarkan Perlembagaan, Somchai perlu menyampaikan ucapan di Parlimen sebelum kerajaan barunya boleh memulakan dasar pentadbiran negara.

Keadaan menjadi semakin getir apabila penunjuk perasaan tidak mempedulikan arahan polis dan mula bertindak ganas sehingga menyebabkan berlaku pertempuran yang tidak terkawal.

Kekerasan

Akibatnya, kedua-dua pihak saling menuduh sebagai pencetus kepada punca kekasaran. Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Thailand, Chavalit Yongchaiyudh dilihat menyebelahi kumpulan penunjuk perasaan dan menyalahkan pihak polis kerana membelakangi saranan beliau untuk tidak menggunakan kekerasan.

Sebagai protes terhadap tindakan polis, Chavalit kemudiannya mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri atas dasar memikul tanggung jawab terhadap kecederaan yang dialami oleh penunjuk perasaan.

Apa yang berlaku di Thailand kini mempunyai banyak pengajaran untuk difikirkan. Antaranya, sudah menjadi kebiasaan pihak polis dipersalahkan apabila berlaku kekacauan di dalam sesebuah negara yang melibatkan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan.

Asalkan penunjuk perasaan berjuang atas nama demokrasi maka simpati mudah diraih oleh mereka. Dalam kes Thailand, tindakan kumpulan penunjuk perasaan sendiri sudah terlalu jauh menyimpang dari kehendak demokrasi.

Protes mereka melalui demonstrasi jalanan secara berterusan terhadap kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya umum sudah cukup untuk membuktikan bahawa tindakan mereka tidak berlandaskan konsep demokrasi. Sepatutnya mereka perlu memberi ruang dan masa kepada kerajaan yang telah dipilih untuk memperbaiki kesilapan.

Jika kerajaan itu masih gagal untuk memperbetulkannya maka pilihan raya selanjutnya wajar dijadikan medan untuk beralih kepada sebuah kerajaan baru yang lebih dipercayai.

Namun, seringkali jalan singkat melalui demonstrasi jalanan menjadi pilihan. Malangnya, jalan yang hampir serupa turut menjadi pilihan Ketua Pembangkang di Malaysia bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Situasi menjadi bertambah rumit apabila penunjuk perasaan bertindak melampau dengan menawan Pusat Pentadbiran Kerajaan.

Dalam hal ini, dimana pula letaknya simpati kepada kerajaan yang memerintah apabila hak mereka untuk memasuki bangunan bagi menjalankan tugas dinafikan. Jadi, siapa sebenarnya yang mula mencetuskan kekacauan?

Tidak dinafikan terdapat juga perjuangan melalui demonstrasi jalanan yang berjaya mencapai kejayaan. Tetapi jumlahnya terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan jumlah kekacauan dan pertempuran berdarah yang bakal berlaku. Apakah nilai satu nyawa yang menjadi mangsa wajar disamakan dengan satu kejayaan yang tidak seberapa?

Peristiwa di Thailand juga mengingatkan kita tentang betapa mudahnya demonstrasi yang sering dilaungkan berjalan secara aman tiba-tiba dengan sekelip mata boleh berubah menjadi medan pertempuran.

Lebih menakutkan dengan sekelip mata juga kumpulan penunjuk perasaan ini mampu menggenggam senjata ditangan. Dari mana datangnya senjata ini jika bukan disediakan sejak dari awal.

Jika begitu apakah motif sebenar penunjuk perasaan? Atas dasar untuk menegakkan demokrasi atau sengaja untuk menimbulkan kekacauan?

Peristiwa seperti ini wajar dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia untuk sebulat suara menolak sebarang punca yang boleh mencetuskan rasa tidak tenteram di dalam negara. Hindraf merupakan contoh terbaik untuk diperhatikan.

Umum mengetahui tindakan Hindraf merupakan satu tindakan yang melampau sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet minggu lepas.

Tindakan mereka bukan sahaja sewajarnya dikenakan tindakan tegas malah mempamerkan kejahilan mereka dalam menjalani kehidupan bermasyarakat pelbagai kaum dan agama. Barangkali mereka tidak sedar diwaktu itu dengan sedikit provokasi mampu mencetuskan pergaduhan kaum yang besar.

Atas dasar ini maka seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di Thailand dan dijadikan pengajaran untuk mengekalkan kesejahteraan negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.