saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/10/2008

Saya tidak menyesal menyerahkan kuasa lebih awal - PM

11/10/2008 4:33pm

PUTRAJAYA 11 Okt. — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak menyesal dengan keputusannya melaksanakan pelan peralihan lebih awal dengan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Keputusan itu tidak mengganggu saya. Satu keputusan telah dilakukan dan saya telah menimbangkannya dengan amat teliti. Saya berasa selesa mengenainya dan itulah sebabnya saya berasa ceria,” katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Bernama sebagai mengulas soalan bagaimana beliau boleh berasa ceria semasa membuat pengumuman pada Rabu lepas kerana ia bermaksud hilang pegangan kuasa penting.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memudahkan saya membuat keputusan.

Saya rasa apa saya lakukan adalah demi kepentingan negara dan parti,” kata Abdullah, yang memakai Baju Melayu coklat dan kelihatan tenang di kediaman rasminya di Seri Perdana.

Setelah membuat keputusan berkenaan, beliau berkata ia “akan membolehkan kita untuk memberi tumpuan kepada tugas yang ada” merujuk politik berlebih-lebihan yang berlaku sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas dan keperluan untuk menumpukan perhatian bagi memenuhi kehendak aspirasi rakyat.

“Saya mahu menggunakan sepenuhnya bulan-bulan terakhir untuk melaksanakan agenda saya. Meninggalkan satu keadaan jawatan utama dan menyerahkan kuasa penting bukan keutamaan saya.”

-Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.