saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/10/2008

Gerakan perlu bertanggungjawab - Muhyiddin

BATU PAHAT 12 Okt. - Pucuk pimpinan Parti Gerakan perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan sensitif membabitkan kaum Melayu yang dibuat Ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe menerusi satu rancangan televisyen tempatan baru-baru ini.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kenyataan itu boleh menjejaskan hubungan antara kaum yang sepatutnya dielakkan terutamanya di kalangan komponen Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, walaupun kenyataan itu bukan suara pucuk pimpinan parti berkenaan namun mereka perlu mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut.

"Barisan Tertinggi BN telah pun menasihatkan agar mengelakkan daripada menimbulkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum," katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika mengulas gesaan Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah agar Gerakan menggantung keahlian Lian Hoe kerana menyentuh sensitiviti kaum Melayu.

Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan didakwa mempertikaikan status orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dalam rancangan Astro Awani baru-baru ini.

Muhyiddin yang ditemui di kediaman Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong, Zulkarnain Kamisan di sini semalam berkata, sebagai anggota BN setiap ahli parti tidak seharusnya membuat sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan sehingga menjejaskan parti.

Ekoran itu, beliau minta pucuk pimpinan Gerakan agar bertindak segera terhadap perkara itu supaya ia tidak menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Bentuk tindakan terserah kepada pucuk parti berkenaan tetapi ia perlu dilakukan segera," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.